Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku ingatkan bawak apa la dalam plastik tu. Lawak Bell ni, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Lucu Bell Ngasri Ketika Majlis Penyerahan Hadiah Kereta Buat Warganet Terhibur. Adui Bell, Tak Tinggal Trademark Geng Plastik Hitam Dia Tu. Suspend Betul Apa Dalam Plastik Tu !!

Beberapa jam yang lalu, telah berlangsungnya majlis penyerahan hadiah berupa kereta untuk Bell Ngasri. Bell yang memenangi kategori Anugerah Artis Paling Popular ABPBH35 baru-baru ini membawa pulang hadiah berupa pakej umrah. Pada majlis ini, Bell menerima sebuah kereta import Mini Cooper berharga RM200,000 daripada syarikat kenderaan DTC Motors.

Menerusi akaun Instagram Anugerah Bintang Popular BH, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ucapan sepatah dua kata daripada Bell sebelum penyerahan kereta dilakukan. Bell membawa kedua-dua piala yang dimenanginya ke majlis ini dan uniknya Bell hanya mengisinya dalam plastik berwarna hitam.

Alahai Bell, semp0i betul dan Bell mengatakan ada sebabnya dia mengusung piala itu ke sana ke mari. Kata Bell, dia ingin semua orang merasai memegang piala berprestij itu terutamanya kawan-kawan seperjuangan yang lain. Bell turut mendedahkan dia sering mengambil peluang memegang piala orang lain sebelum ini kerana dia tahu mustahil untuk dapat memiliki piala seperti itu.

Tetapi sudah tertulis, rezeki Allah Taala, Bell bukan hanya dapat 1, tetapi 2 piala kali ini. Itu lah berkat kesabaran dan keikhlasan Bell menghiburkan ramai orang sejak dari dahulu lagi. Tidak mengharapkan apa-apa hanya mencari rezeki untuk keluarga tersayang.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, hampir 3000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Okay ko janji bwk pialantu bg aku lak pegang bellngasriofficial xmenang dpt tercalon top 5 pun jd lah hehehhe, top 5 time nyanyi dah dpt rasa , nk rasa top 5 berlakon xpenah rasa hahahaha.. ”

” Dia bawak dalam plastik hitam je weh haha. Aku ingatkan bawak apa la dalam plastik tu. plastik hitam the ada meaning dalam tu, barkoba ni kan geng plastik itam time bulan posa haha.. ”

” Baguslah bell ni, mcm org2 kampung yang sempoi bukan acah2 diva popular sangat walaupun menang. Series bagus dia.. ”

” Yg penting plastik itam x tggl .. sempoii taniah bell mmg anda layak dr kmi kck smpai dh beranak anda msh bkje dlm industry seni.. ”

” Btul2 kerja keras Bell ni.. dah menang pn x dok diam.. mmg rezeki x ptus2.. alhamdulillah.. pemenang terpaling layak menang.. ”

” Macam YB dah, suka tengok Bell merendah diri. Selamber je ko bell letak piala dlm plastik hitam.. jgn silap msk dlm tong sampah haha.. ”

” Tak pernah tak kelakar bell ni… Terus berlakon tau.. trademark plastik itam dia haha. Alhamdulillah klu dh rezeki, xdpt hadiah keta pon ada yg beri jugak… rezeki xsalah alamat, manusia rancang Allah tentukan.. ”

” Bawak dalam plastik hitam je, semp0i mat haha. Humble la Bell ni, camtu je simpan trofi haha.. Yak Yak Yeayyy YB Barkoba idola plastik hitam hehe.. ”

Bagus Bell ni, sudah sampai ke puncak namanya pun tetap masih mengingati rakan-rakan yang lain. Hati-hati Bell, piala kemek sudah, jangan terbuang dalam tong sampah sudah lah yer, hehe. Nanti menang1s tak berlagu lah Barkoba. Apa-apa pun, semoga Bell terus success dalam kerjaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ABPBH35

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT