Artis / Selebriti
” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
Video seseorang memuji Erra Fazira pandai merapikan rambut suaminya, Ezwan Zain dan kelihatan semakin kemas. Respon Ezwan buat ramai terhibur. Berdekah Erra gelak bila dengar, haha..
Sebelum bergelar suami kepada Erra Fazira, penampilan Ezwan khususnya mengenai gaya rambutnya pernah menjadi perbualan warganet. Ada segelintir yang meninggalkan komen dan memberi pelbagai pandangan, namun perkara itu tidak menjejaskan hubungan mereka.
Malah selepas perkahwinan, ramai yang mula melihat perubahan positif dan memuji penampilan Ezwan yang kini kelihatan lebih kemas serta matang. Jelaslah bahawa kebahagiaan dan keserasian pasangan ini jauh lebih penting berbanding persepsi luaran semata-mata.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik celebvibe_editzz, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Erra sedang merapikan rambut Ezwan. Kedengaran suara individu yang merakam video tersebut berseloroh mengatakan punca rambut Ezwan kini kelihatan lebih rapi adalah kerana Erra.

Mendengar kenyataan itu, Ezwan secara spontan membalas dengan nada berseloroh mengatakan dia sudah menghabiskan banyak wang untuk ke salon, namun akhirnya Erra juga yang menerima pujian kerana rambutnya kelihatan kemas. Reaksi Erra yang berdekah ketawa mendengar gurauan tersebut turut mencuit hati penonton.
Tonton video di bawah ini :
@celebvibe_editzz Maaf Abg Ezwan, kasi chance Kak Erra naik saham pulak okeh🫣🤣🤣 (Korang jangan ambil serius pulak, gurau² suami isteri biasa laa yee) [credit to ig story] #ezwanzain #errafazira #fyp #xyzbca
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dulu2 tgok rambut tak berkenan, haha rasa tak sesuai utk Erra yg cantik. Sekarang dah sama padan, makin handsome.. “
” Dulu suruh Erra undur, sekarang netizen yang tak boleh mundur.. Hahaha Win utk Erra, pandai jaga Mr. E.. “
” Sebenar bang Ezwan kacak org nya sebab sekarang ada isteri kenalah tersusun rapi sikit till nampak seiring dgn kak Erra.. Apa pun semoga bahagia dgn kak Erra, amin.. “
” Sejak menjak ada surihati ni makin segak dia ye.. Jaga Erra Fazira kami baik baik yr Mr. E.. Moga kekal bahagia hingga ke syurga.. “
” Sangat sangat teruja tengok dua orang ni.. Bahagia je lepas kahwin.. Manja sweet pula tu dorang, hehee.. “
” Seronok kan Mr E dah ada isteri, hhee ada orang tolong jagakan.. Alhamdulillah tumpang happy tengok Mr E dan Erra bahagia.. “
” Hahhahaa kelakar lah Mr.E ni.. Tapi makin nampak handsome sejak2 selapas kahwin ni.. Nampak bahagia betul, ehehehe.. “
Telatah spontan dan gurauan manja pasangan ini menghiburkan ramai. Jelas terpancar keserasian serta kebahagiaan Erra dan Ezwan yang membuatkan warganet terus mendoakan agar rumahtangga mereka kekal bahagia dan dipenuhi momen-momen manis seperti ini.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok celebvibe_editzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik tu dah mengantuk sampai dah keluar air liur. Terpaksa, haha.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah, dah siap lagu pengantin baru. Romantis lagu, hebat Dida.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Merdunya suara Hussain ni. Lunak merdu dia berqasidah tu, dengan kita rasa meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen

