Connect with us

Artis / Selebriti

” Akhirnya, memang tunggu sangat Amir bawak lagu ni.. ” – Netizen

Video Amir The Chosen One Berlatih Menyanyi Cur1 Perhatian Ramai. Wah Ramai Yang Request Lagu Ni, Sesuai Sangat Dengan Suara Amir. Sebak Dengar Amir Menyanyi Lagu Ni, Menusuk Ke Hati !!

Semakin dikenali dan disayangi, Amir The Chosen One antara peserta kegemaran ramai. Sejak minggu pertama lagi, warganet meminta untuk mendengar Amir menyanyikan lagu siulan ramai, Haruman Terindah. Banyak kali juga cikgu Amir memberitahu Amir belum menghafal lagu tersebut.

Meninjau akaun Tiktok Waheeda Fazira, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amir sedang membuat latihan nyanyian dan lagu yang dialunkan adalah lagu permintaan ramai. Amir yang masih belum menghafal lagu ini cuba menyanyikan lagu tersebut sebaik mungkin.

Lunak merdu dan penuh dengan lenggok yang tersendiri, nyanyian Amir ini menyentuh hati warganet. Sekali pun Amir tidak serius menyanyi, suara tu sangat sedap didengar. Jika Amir menyanyikan dengan penuh penghayatan, tentu boleh mengalir air mata yang mendengar lagu ini.

Berilah apa sahaja lagu kepada Amir, pasti akan kedengaran sedap. Ada juga yang bertanyakan adakah lagu ini bakal Amir nyanyikan di pentas The Chosen One nanti. Jika betul, semua kena standby berkotak-kotak tisu lah nampaknya minggu ini.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@waheedafazira

Layan live Unuk dekat @Termoj Production .. gigih dia menghafal Haruman Terindah 😹 #Amirsisi #thechosenone

♬ original sound – Waheeda Fazira – Waheeda Fazira

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Amir punya suara memang anugerah Allah lah dik.. diajar pulak dengan alunan taranum.. syahdu terasa di hati mendengarnya.. ”

” Lagu haruman terindah ini yg ditnggu sngt adik amir oii.. alunan taranum mu menusuk kekolbu auntie.. ”

” YA ALLAH anak hebat ni.. buka mulut je acik menang1s sayang…. semoga awak terus maju jaya.. Semua lagu ngam dengan suara dia, semua dia sapu.. ”

” Allahuakbar dik oiii, sedapnya sampai ke hati.. sangat tggu adik amir nyanyikan lagu haruman terindah.. ”

” Meremang rasa adik Amir nyanyi lagu ni.. buka mulut.. dah tangkap leleh… terbaik lah adik amir.. suara adik amir anugerah terindah yg Allah berikn.. smoga terus maju jya ddunia dan akhirat.. ”

” Allahuakbar.. talented , special and gifted.. Nie kalau nyanyi lagu achey yg tajuknya yang terindah tu msti letopan.. ”

” Nanti konsert minggu ke 4 lagu ni ye.. aduh menusuk ke hati, baru nyanyi macam ni pun dah nang1s kita dengar.. belum amir nyanyi betul-betul lagi.. ”

” Akhirnya… Memang tunggu sgt Amir bawak Lagu ni.. bulu roma menegak oiii.. sedap betul suara Amir walau pon sambil main2.. ”

Memang gifted betul suara Amir ini. Semakin hari, semakin suka dan sayang peminat terhadap Amir. Ramai juga yang mendoakan kejayaan Amir sehingga ke pentas final dan seterusnya dijulang sebagai juara. Semoga bakat Amir ini akan terus digilap dan menjadi bintang ternama suatu hari nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Waheeda Fazira

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT