Connect with us

Artis / Selebriti

” Akhirnya lama tunggu saat ni. Seronok tengok dua-dua professional.. ” – Netizen

Video Zamani Slam Dan Siti Nurhaliza Menjayakan Konsert Ambang Tahun Baru Raih Perhatian Warganet. Wah Sekian Lama, Akhirnya Dapat Tengok 2 Insan Hebat Atas Satu Pentas. Tokti Pun Layan Nyanyi Lagu Gerimis Mengundang. Sempat Lagi Bergambar Dengan Isteri Zamani, Terbaik Lah !!

Zamani Slam dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza antara penyanyi hebat yang tersohor sejak dahulu sehingga kini. Kedua-duanya mempunyai aura dan tarikan mereka tersendiri yang membuatkan peminat sayang dan menyokong karier seni mereka sehingga sekarang.

Meninjau akaun Instagram isteri Zamani, Nur Juliana dan beberapa perkongsian di Tiktok, telah dikongsikan moment ketika Zamani menyampaikan lagu Gerimis Mengundang. Zamani menjayakan sebuah konsert Ambang Tahun Baru di Melaka.

Klik gambar untuk info..

Menariknya konsert ini turut disertai oleh DS Siti dan kelibat DS Siti di belakang Zamani mencuri perhatian warganet. Setelah berpuluh tahun, akhirnya dapat juga melihat Zamani dan DS Siti di atas satu pentas yang sama. Comel sahaja melihat DS Siti turut menyanyi bersama lagu itu.

Isteri Zamani, Nur Juliana yang juga merangkap pengurus Zamani turut mengabadikan kenangan gambar mereka bertiga. Pada ruangan kapsyennya pula, Juliana mencoret ucapan terima kasih buat DS Siti dan menyifatkan ianya permulaan tahun baru 2024 yang indah buat mereka.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )ย 

@aril.ism

Rare ni dapat tengok ada Siti Nurhaliza & Zamani sekali atas satu pentas. Ramai sangat peminat teringin nak tengok mereka berduet kan. Tapi sayang mic Siti tak berbunyi masa dorang nyanyi sama2. #Hello2024 #sitinurhaliza #fyp #zamani #zamanislam #arilsm #arilism #gerimismengundang

โ™ฌ original sound – ๐˜ผ๐™๐™„๐™‡๐™Ž๐™ˆ | ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—น.๐—ถ๐˜€๐—บ – ๐˜ผ๐™๐™„๐™‡๐™Ž๐™ˆ | ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—น.๐—ถ๐˜€๐—บ

@cerleneofficial

CERLENE HOMME Antara moment2 mahal back stage New Year eve Melacca Concert 2024 bersama ZAMANI, SITI NURHALIZA and the wife ๐Ÿซถ๐Ÿป๐Ÿ’ #cerleneleatherblazer #cerlene #cerleneleatherjacket #CerleneMalaysia #cerleneleatherjacketempire #cerlenewinterjacket #cerleneofficialbrand #cerleneglamsquad #cerleneleathersocks #cerlenetrenchcoats #cerleneleatherpants #cerleneleatherskirts #cerlenewallet #cerlenebags #cerlenepurse #cerleneleathersuits

โ™ฌ original sound – CERLENE – CERLENE

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet dan rata-ratanya tumpang gembira melihat moment tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Suka tengok pic ni terserlah keikhlasan… sesungguhnya aturan Allah SWT adalah yg terbaik Allahuakhbar.. ”

” Lagend . Profesional itu mereka berdua.. loveee.. Kedua2 penyanyi yg sy suka sejak zaman sekolah lagi. Msg2 suara telan kaset, cd.. ”

” Akhirnya Giler lama kutunggu saat ni…. both are my favorites singer.. nih kalau dua2 nyanyi lagu duet.. perghhhh suara live dijamin sama macam studio version.. ”

” Bertemu semula dan skrg masingยฒ ada kehidupan sendiri. Legend lah.. lama sudah ku nantikan saat ini…. alhamdulillah suka sgt tgk mereka.. ”

” Malam tadi memang aku teremosi. Haha sebab tok ti dan zamani satu pentas.. seronok tengok dua-dua professional.. ”

” Versi paling sedap penah dgr.. mungkin sbb ada tokti kat belakang.. aku sedih part ni min huhu.. ntahlah nak cakap macam mana.. ”

” Terkejut sekejab.. Zamani dan Dato CT satu pentas dan bergambar sekali? Alhamdulillah. masing-masing dah bahagia dengan pasangan masing-masing.. ”

Klik gambar untuk info..

Sesuatu yang sudah lama dinanti-nantikan oleh peminat Zamani dan DS Siti. Mana tahu jika ada lagu duet yang menggandingkan Zamani dan DS Siti selepas ini, pasti meletop kerana kedua-duanya suara telan kaset bak kata warganet. Apa-apa pun, semoga Zamani dan DS Siti terus maju jaya dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nur Juliana, Tik Tok Cerleneofficial, Tiktok aril.ism

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright ยฉ Berita Kopak

##FREAKOUT