Artis / Selebriti
” Abah tak minta lebih, abah dah bodoh sekolah, abah dah gagal.. ” – DS Aliff Syukri
Video pesanan Dato’ Aliff Syukri untuk anak sulungnya, Ammar Ahyan yang baru masuk universiti buat warganet tersentuh. Sedih pulak dengar pesanan Dato’ untuk Ammar. Pengorbanan seorang ayah. Tapi sempat lagi Papa mengata Amayan, hehe..
Pada usia 17 tahun, anak sulung Dato’ Aliff Syukri, Ammar Ahyan telah pun melangkah ke alam universiti. Ammar telah pun tamat pengajian di International School sebelum ini. Untuk masa depan yang lebih cerah, Ammar berhasrat untuk menyambung pengajiannya demi mencapai cita-cita.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ohbulan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan wartawan bersama Dato’ Aliff. Cerita Dato’ Aliff, Ammar memilih untuk belajar di Taylor’s Universiti dan mengambil asasi selama setahun di sini.
Kos pengajian di Taylor’s Universiti ini agak memeranjatkan Dato’ Aliff kerana tinggi. Namun demi untuk anak tersayang, duit bukan lah penghalang asalkan Ammar mendapat pendidikan yang bagus. Tambah Dato’ Aliff, duit itu boleh dicari tetapi bukan pendidikan tidak boleh dibeli.

Sejarah hidup Dato’ Aliff yang tidak cemerlang dalam pelajaran membuatkan Dato’ Aliff ingin anaknya ini cemerlang dalam pelajaran. Pesanan Dato’ Aliff untuk Ammar menyentuh hati warganet dan ianya ikhlas dari hati seorang ayah yang ingin melihat anaknya berjaya.
Jom tonton video di bawah :
@ohbulanofficial Dengar pesan ayah ni Ammayan ☝️ #ohbulan #fyp #yuran #ammarahyan #datoaliffsyukri
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” “Duit bole dicari tapi education tak bole dibeli”.. Mahal ayat apa ni weh.. Dato’ pun akui pentingnya education.. humble and deep.. “
” Taylor university pun susah sebenarnya nak masuk bukan hanya bergantung pada duit. masih follow entry requirement set by Ministry jgk..If x Meet the entry kita x accept ye.. “
” Dato yg belajar tak tinggi pun nak anak dia belajar tinggi. Parents/penjaga yg kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pun nak anak dia sambung belajar. Betapa masyarakat kita sgt sanjung & utamakan education. Percayalah bila kita belajar, mindset kita lebih matang.. “
” Dato ni dah makin matang bila berbicara tak macam dulu tahniah dato.. Touching pulak dengar pesanan dato untuk ammar tu.. “
” Habuk masuk mata lah dengar pesanan dato ni. sebagai org tua hanya nk lihat ank berjaya dunia akhirat ..moga dipermudahkan segala urusan ammar.. “
” Bagus corak pemikiran abah d herbs ni.. Setuju, duit blh dicari, education x blh dibeli. Semua ayh nk pencanpaian ank lbh dari dirinya. Semoga ammar ahyan trs success.. “
” Suka ngan Dato ni sebab asyik sebut tak ada duit. tapi sekolah anak swasta. universiti swasta. nak sambung ke oversea lagi. bukan seribu dua yuran nya tu. dia taknak anak2 dia hanyut dalam kekayaan. berpijak dibumi nyata.. “
Sempat lagi Dato’ Aliff bergurau mengata Ammar ‘kayu’, hehe. Apa-apa pun, harapan Dato’ Aliff yang menggunung untuk Ammar sebagai anak sulung dan berat tanggungjawab yang Ammar akan pikul kelak. Semoga Ammar akan belajar bersungguh-sungguh dan membanggakan keluarga dengan kejayaannya dalam pelajaran.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ohbulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

