Artis / Selebriti
” Abah pun mainkan lagu bakal menantu. Bukan biasa biasa ni, dah lulus tu.. ” – Komen Netizen

Video ayah Amira Othman memainkan piano mengiringi Irfan Haris menyanyi lagu Wanita Terakhir raih perhatian warganet. Wah bakal ayah mentua pun tahu lah lagu Abang Long. Hebat abah Amira main piano, sporting sangat..Β
Saban malam, pastinya ramai yang ternanti-nantikan live antara Irfan Haris dan Amira Othman. Gandingan live kakak dan adik ini penuh dengan gelak ketawa dan ada sahaja idea Irfan untuk mengusik Amira dengan Abang Long kesayangannya, Fattah Amin.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cute, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan sedutan live terbaru Amira, Irfan dan Nurin. Selain mereka bertiga, abah Amira juga turut memperdengarkan kehebatannya bermain piano. Wajah abah Amira tidak kelihatan cuma kedengaran suaranya sahaja bercakap bersama anak-anaknya ini.
Menerusi video ini, Amira membaca komen daripada viewers yang mahukan abah Amira memainkan lagu popular Fattah, Wanita Terakhir. Abah Amira bermain piano dan Irfan pula menyanyi, memang mantap apabila anak dan ayah ini bergabung. Petikan piano abah Amira dan suara Irfan sedap didengar.
Irfan seperti biasa, sempat menyakat Amira dan mengatakan Amira blushing mendengar lagu itu. Ramai memuji sikap abah Amira yang sporting dan rajin melayani anak-anak. Pendek kata, family Amira ini semuanya ada bakat baik dalam bermain alat muzik atau pun menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
@cute08628 π€π«ΆπΌππ¦π«°πΌ #doabaikbaikπ€² #amiraothman #irfanharis #fattahamin #cintaterakhirku #bilanakkahwin #wanitaterakhir #tiktokviral #trending #fyp #viral #fyppppppppppppppppppppppp
Antara sedutan lain dalam live Amira bersama adik-adiknya itu :
@cute08628 #π€£ #amiraothman #irfanharis #fattahamin #bilanakkahwin #wanitaterakhir #tiktokviral #trending #fyp #viral #fyppppppppppppppppppppppp @FattahAmin
@cute08628 #π€£ #irfanharis #amiraothman #fattahamin #tiktokviral #trending #fyp #viral #fyppppppppppppppppppppppp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” MasyaAllah, betul la master abah k long, sporting sgt.. sedapnye versi piano..lagu tu.. untung abglong.. “
” Touching lah…. bila Abah pun mainkan lagu bakal menantu… Abg Long kena jaga baikΒ² anak perempuan Abah ni… jadilah suami yg baik utk isteri tersayang.. “
” Bakal bapa mertua pun boleh bawa lagu abg long versi piano… bukan biasha biasha ni.. bila bakal bapa mertua dah main lagu kau. dah lulus tu.. “
” Meriah majlis kawen Kak long nati… pemain piano dah ade.. penyanyi dah ade.. Biduanita negara pon dh bg green light untuk perform.. “
” Banglong… mana nak dpat father in law camni banglong??? tolong ler jadi son in law tahun ni jugak.. mmg sejenis fam support each other. luv sungguh fam ni.. “
” Boleh bayangkan andai jodoh mereka berdua mereka akan happy selalu… very supportive family towards each others.. “
” Saya dah blushing sangat dah ni.. hebat abah kaklong beruntung abang long mempunyai abah mertua yang hebat.. “
” Family dorg mmg jenis humble n mengalu2 kan org walaupn org ada ada.. beruntung spe dpt amira.. sporting betul abah.. untg nya Fattah abah sporting.. “
Patut lah anak-anak berbakat dalam bidang seni, tengok lah abahnya hebat juga. Beruntung Fattah kerana abah Amira mainkan lagu Fattah dalam versi piano. Bakal Abah paling sporting bak komen warganet. Mungkin next time apabila Fattah datang berkunjung ke rumah keluarga Amira, boleh dirakamkan kolaborasi Fattah dan abah Amira.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cute
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tahniah kakak, cantik anak abah Jai. Situasi inilah yang Abby mahukan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kutu buat comeback pulak guys. Patut lah dia tak tenang.. ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wei dah agak mesti gelak punya. Terguling-guling Khiriah ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Rasa nak melompat bila dengar Spacedollah cakap macam tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen