Artis / Selebriti
” YB dalam komen pun dia membebel tapi tu tanda sayang.. ” – Komen Netizen

Bella Astillah kongsi video menyanyi lagu Afghan, Untukmu Aku Bertahan. Wah lagu special untuk seseorang ni. YB Syed Saddiq pun bukan main awal komen. Sweet sangat komen YB, caring betul..
Bella Astillah bukan hanya aktif dalam bidang peragaan, namun juga aktif sebagai pelakon dan penyanyi. Malah Bella sejak dari kecil lagi sudah berjinak dalam bidang seni. Dalam kesibukan bergelar duta Primavalet, Bella juga turut menjalani penggambaran drama.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Bella Astillah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella menyanyi lagu popular Afgan berjudul Untukmu Aku Bertahan. Kata Bella, sudah agak lama dia tidak cover lagu kerana kesibukan dan masa yang ada ini sempat Bella menyanyikan satu lagu sebagai pengubat rindu semua.
Suara Bella diketahui umum lunak dan merdu. Lirik lagu ini sangat mendalam maksudnya dan warganet berteka teki sama ada lagu itu ditujukan khas untuk teman gandingannya yang hangat diperkatakan sekarang, YB Syed Saddiq. Fenomena BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) antara yang menjadi buah mulut dan ramai yang merestui hubungan mereka berdua.
Tidak terkecuali, YB Syed Saddiq juga antara yang terawal meninggalkan komennya di ruangan komen. Tersenyum-senyum warganet membaca komen YB Syed Saddiq itu. Beruntung Bella ada teman istimewa seperti YB Syed Saddiq ini yang sangat prihatin dan menghargai Bella.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@bellaastillah_94 After so long, finally masa tengah break dapat buat 1 cover ☺️🙊 Believe in miracles ✨
Lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Halalkn cpt bole bersama2 kerja kuat bantu rakyat.. YB yg rugi tau klu terlepas bellaastillah_94.. wanita limited edition ni.. “
” Alaa sweetnya pkwe dia laju ja komen.. Eh silap, bakal suami hehe.. kata kata tu kan doa.. Yb dlm komen pun dia membebel tapi tu tanda sayang.. “
” Awalnya yb komen hehe.. skang dah awaiii.. maslh nya nak bgth pasal lirik..dia bgth pasal baju gantung blkng plak.. “
” 20 min ago bella update . Yb komen 14min ago , memang tunggu posting bella je ke.. Mereka dah lalai, kita je yang rancang haha.. “
” For him kan? Dear both of you, thanks bahagiakan kami, penuhkan hari2 kami dgn senyum menumpang bahagia korang. InshaAllah dalam ‘gelap’ ni pun kami kekal ada, sama2 doakan kalian okay? #teambass.. “
” First time Aku buka video Bella.. Ada Yb Syed saddiq comment EA. Ambil berat Sangat Tu.. ramai yang sayangkan bella dan waibee.. “
” Kenapa aku rasa lagu ini buat wai bee. bella kasi semangat utk wai bee semangat utk lalui kes yg yb lalui… so sweettt… lirik nya so deep.. “
Komen YB Syed Saddiq yang meraih perhatian semua. Wah caring sangat ni YB untuk kesayangan :
Prihatin sungguh YB Syed Saddiq dengan persekitaran Bella. Begitu lah kehidupan Bella yang super busy dari pagi sampai ke malam. Apa-apa pun, semua mengetahui yang YB Syed Saddiq memang teman yang menitikberatkan kesihatan dan itu adalah pesanan yang selalu ditekankan untuk Bella supaya cukup rehat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Bella Astillah, IG Bella Astillah, IG Primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen