Connect with us

Artis / Selebriti

” Yang ni memang mukanya selalu redha ja dengar maknya bebel. Siap senyum, angguk-angguk lagi.. ” – Netizen

Video Reaksi Anak Sharifah Shahirah Ketika Ibunya Membebel Raih Perhatian Ramail. Alahai Senyum Je Airell. Nampak Sopan Santun Betul Anak Teruna Shiera Ni !!

Bagi yang suka mengikuti penyampai radio, Sharifah Shahirah, atau lebih mesra dengan panggilan Shiera di akaun Instagram, pasti akan terhibur dengan video-video yang dikongsikan oleh Shiera. Selain bergelar penyampai radio, Shiera juga merupakan pengacara terkenal.

Terbaru, Shiera telah memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya berborak mengenai buah jambu air. Menerusi video itu, Shiera mengatakan tidak menyangka buah jambu air yang dahulunya begitu banyak dan terbiar tidak dimakan sekarang telah meningkat naik harganya.

Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah reaksi anak teruna Shiera, Airell tersenyum-senyumm ketika mendengar Shiera membebel. Ada yang mengatakan Airell seorang anak yang baik dan sopan santun mendengar bebelan ibunya tanpa berkata apa-apa.

Sehingga kini, video yang dimuatnaik oleh Shiera itu telah menerima ratusan komen dan belasan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai manis je si Airell ni senyum, ada yang cakap muka Airell ni sekali pandang seperti pelakon Elfira Loy versi lelaki.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka meluahkan rasa suka melihat reaksi Airell. Antara komen-komen menarik adalah :

” Yang ni memang mukanya selalu redha ja dengar maknya bebel, siap senyum, angguk-angguk lagi..ย  Baik betul lah anak teruna ni.. “

” MashaaAllah baiknye laaa anak lelaki senyum je dgr je ape mak die ck.. Lari fokus saya dengar apa yang Kak Rara cakap, hehehee.. “

“Elok je anak die senym je mak die ckp2.. Baik akhlak anak2 die.. Amin moga apa yang diimpikan oleh Shiera akan termakbul yer.. “

” Mcm atok2 kita dulu punya statement. Tanam biar anak cucu cicit aku boleh makan. Walaupun kkdg cucu cicit belum keluar niat diaorg tu dh ada.. “

” Anak soleh sopan betul yang ni.. Mak dia bebelยฒ, dia senyum2 je.. Tak pernah lagi dengar suara si Airell ni, asyik senyum je, suara tak terkeluar.. “

” Anak kak yg ni sopan ja, nk dgar suara pun susah.. Kenan pulak kt dia, hahaha nk buat jadi menantu boleh tak, haha booking awal2.. “

” Ehh sekali tengok muka Airell ni ada iras Elfira Loy lah.. Hehehe tapi versi lelaki.. Manis je dia senyum dengar bebelan maknya.. “

Bagus lah Shiera, ada cita-cita nak tanam pokok jambu banyak-banyak, siap nak wakaf lagi. Tapi memang betul apa yang dikata oleh warganet, jarang-jarang sangat nak boleh dengar suara anak teruna Shiera ni. Boleh dikatakan semua video mengenai Airell, Airell hanya senyum sahaja.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright ยฉ Berita Kopak

##FREAKOUT