Artis / Selebriti
” Pandainya Shakil senyum, suka dia dengar baba baca ayat suci Al-quran tu.. ” – Netizen
Video Reaksi Anak Kedua Emma Maembong, Shakil Aryan Shah Ketika Mendengar Bacaan Ayat Suci Al-Quran Daripada Babanya, Shazli Azhar. Alahai Shakil, Macam Faham Je. Khusyuk Sungguh Dia Dengar, Siap Senyum Pada Baba Lagi. Cute Sangat Lah Si Putih Gebu Ni !!
Sebagaimana yang diketahui umum, Emma Maembong telah pun melahirkan cahayamata keduanya pada bulan Mei yang lalu. Dikurniakan seorang lagi bayi lelaki, nama Shakil Aryan Shah menjadi pilihan Emma dan suaminya, Shazli Azhar. Seperti abangnya Shariq Arshan Gabriel, Shakil juga berkulit putih gebu.
Meninjau akaun Instagram Shakil Aryan Shah dan Emma Maembong, telah dikongsikan satu video terbaru Shakil ketika berada bersama babanya. Shazli mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran buat Shakil sama seperti yang dilakukan kepada Shariq sebelum ini.
Suara Shazli mengaji itu menyebabkan Shakil begitu tenang sahaja dalam pangkuan babanya. Khusyuk sungguh Shakil, ekspresi mukanya yang merenung wajah Shazli membuatkan warganet menjadi geram. Shakil turut sama memberikan senyuman kepada babanya itu.

Cara Shazli yang suka membacakan bacaan ayat Al-quran itu mendapat pujian daripada warganet. Selain itu, wajah comel Shakil juga menjadi perhatian ramai. Jika Arshan nampak lebih seiras dengan Emma, Shakil ini pula dikatakan lebih kelihatan seperti wajah babanya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” I tabik cara husband Emma, ajar anak-anak dengar ayat-ayat Al-quran.. Semoga anak-anaknya membesar menjadi anak-anak yang soleh.. ”
” Terbaiknya bacakan baby ayat-ayat suci Al-Quran.. Alhamdulillah.. putih melepak baby.. comel macam Arshan jugak.. ”
” Dia terpegun tu dengar baba ustaz baca ayat suci Al-Quran.. Putih gebu, semoga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan mama dan baba di dunia dan akhirat.. ”
” SubhanAllah terbaik, alahai baby comel je dia merenung baba baca ayat al-quran tu.. suara baba pun sedap dengar.. ”
” Ee comelnya gebu putih melepak. Macam faham je Aryan dengar baba baca tu. siap gerak kaki lagi.. alahai ger4m tengok.. ”
” Comelnya tenang je baby dengar baba baca.. Diam je dia sambil mata merenung baba.. beranak ramai-ramai lagi emma.. ”
” Kenapa comel sangat ni, ger4m tengok.. Pandainya Shakil senyum, suka dia dengar baba baca ayat suci al-quran tu.. ”
” Syukur Alhamdulillah, pandainya baby dengar baba baca ayat suci Al-Quran..Yang ni muka baba ni, macam anak c1na. Ger4m nak g1g1t peha tu.. ”

Terbaik lah asuhan Emma dan Shazli untuk anak-anak, sejak baby dibiasakan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga Shakil Aryan Shah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh untuk baba dan mama, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shakil Aryan Shah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” So tak salah pun bila saya nak cakap macam tu, bagi saya agak salah lah kalau.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh dia jawab ‘thats how conversation works’. Banyak auta anak jantan aku ni.. ” – Noor Nabila

