” Yang kembar tu muka tak sama, nampak macam bukan kembar.. ” – Netizen

Isteri Fad Bocey, Nur Syahirah Kongsi Gambar Photosh00t Mereka Sekeluarga. Alahai Cutenya Jibriel Dan Aminah. Wajah Si Kembar, Hayyan Dan Zayyan Turut Jadi Perhatian. Seorang Muka Fad, Seorang Lagi Muka Syahirah. Comel !!

Fad Bocey kini sudahpun bergelar ayah kepada 4 orang cahayamata yang comel. Begitu cepat masa berlalu, perkahwinan yang memasuki tahun ke 5 ini diserikan dengan kehadiran si kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishal dan terkini Ibrahim Jibriel.

Meninjau akaun Instagram Syaheera, telah dikongsikan sekeping gambar terkini mereka sekeluarga. Sedondon dalam pakaian serba hitam, Fad sekeluarga nampak ceria dan semuanya tersenyum manis. Wajah si kecil Jibriel juga turut kelihatan dan sedang lena tidur.

Jibriel dilahirkan pada 20 Oktober yang lalu dan kini sudah hampir sebulan usianya. Sebagaimana pasangan lain, sesi photosho0t untuk si kecil Jibriel juga turut dilakukan oleh Fad dan Syaheera. Lebih istimewa, tidak hanya Jibriel malahan abang-abang dan kakaknya juga diabadikan potret bersama sebagai kenangan.

Gambar photosh00t bersama baby Jibriel ini mendapat sentuhan daripada Camora Art Photography. Fad dan Syahirah memilih untuk mendapatkan khidmat jurugambar profesional untuk mengabadikan gambar kenangan bersama keluarga mereka.

Jom baca perkongsian di bawah :

Memang comel semua anak-anak Fad dan wajah kembar Zayyan dan Hayyan antara yang menjadi tumpuan peminat selain Aminah dan Jibriel. Antara komen-komen mereka :

” Hands0me boy dah Hayyan Zayyan. Dah nampak beza muka kembar ni. Happy family, suka sangat tengok korang sekeluarga.. “

” Aminah comel betul senyuman dia. So Fad sangat, senyuman manis boleh buat cair tengok Aminah.. “

” Yang kembar tu sorang muke sha sorang muka fad.. Comel makin handsome si kembar ni. Besar mesti bersusun makwe nak tackle ni.. “

” Comel .. 2 ikut muka mummy 2 ikut muka daddy. Sweet semua. hayyan and zayyan is going to be so good looking when they grow up.. “

” Sweet happy family, semua comel suka tengok. Aminah cantik senyum tu. suka tengok aminah senyum ahhhh comel.. “

” Bnyk muka fad semua anak ye ni. hahha sume comel .. tahniahh.. Comelll.. twin tu sorg mama sorg abah.. “

” Why hayyan nmpk hensem , like abg2 sangat. Zayyan ngn hayyan hensem g1la. Aminah comel baby pun comel.. “

” Budak kecik amina so cute ger4mm je tengokkkk dia senyumm. yg kembar tu , muka tak same nmpk mcm bukan kembar, dua-dua handsome.. “

Memang nampak wajah si kembar seorang muka Fad dan seorang lagi muka Syaheera. Aminah dan Jibriel juga comel iras dengan Fad. Semoga keluarga kecil Fad ini sentiasa dilindungi Allah, dijauhkan daripada sebarang penyak1t dan sentiasa gembira bersama. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syaheeraarahman, Camora Art Official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..