Artis / Selebriti
” Wow sedapnya suara, merdu sangat.. ” – Netizen
Video Raja Ilya Menyanyikan Lagu B0llywood Raih Pujian Ramai. Walaupun Tengah Sarat Mengandung, Sedap Suara Raja Ilya. Dah Macam Suara Penyanyi B0llywood Dah Ni !!
Meninjau di akaun Instagram pelakon Raja Ilya, beliau telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang menyanyikan lagu cover B0llywood, Zara Zara. Lagu hindi yang dipopularkan oleh Bombay Jayashri itu pernah dijadikan sebagai runut bunyi bagi filem Rehnaa Hai Terre Dil Mein.
Meskipun sedang sarat hamil anak pertama, kongsi Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, tawaran untuk merakamkan semula lagu tersebut itu datang daripada penerbit muzik dan komposer dari Malaysia iaitu Krishinthen Shanmugam.
Malah tulis Raja Ilya lagi, dia telah berfikir lama untuk menyanyikan lagu tersebut kerana sedang hamil bahkan dirinya bukan lah seorang penyanyi profesional. Namun, Krishinthen telah menyakinkan Raja Ilya untuk melakukannya.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai. Bahkan ramai yang tidak sangka Raja Ilya mampu menyanyikan lagu hindi tersebut dengan baik. Hingga kini, video Raja Ilya menyanyi telah mendapat ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak dimuatnaik ke Instagram.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya memuji suara Raja Ilya yang mampu membawakan lagu tersebut dengan baik. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Wow sedapnya suara, merdu sangat lah suara Raja Ilya, dah macam penyanyi pro hindi tu, hebatt.. “
” Sedapnya, lagu kesukaan saya. Tak sangka sis bawa dengan baik sekali lagu ni. Tahniah sis, saya suka sgt.. “
” Dah lah cantik, suara pun merdu sangat. Fav song ni. Rasa nak terlelap dengar suara Raja Ilya, sedap.. “
” Wahhhh cayalah, power lah suara Raja Ilya, tu pun rasa tak yakin ke, memang sedap lah suara sis.. “
” Makin cantik, seri ibu mengandung. Sedap lah suara Raja Ilya, nnti keluar baby pun mesti cantik mcm h1ndustsn, hehe.. “
” Asikkkk asyik dok ulang je dengar ni, tak puas lah sebab merdu sangat. Welldone perfrct Raja Ilya, hehe.. “
” Mantap voice, dah macam artis b0llywood kot. Berseri lah wajah Raja Ilya sekarang, semoga segala urusan dipermudahkan.. “

Sekadar info, Raja Ilya telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki warga negara Australia, Trent Garret. Raja Ilya dijangka bakal melahirkan anak sulungnya pada pertengahan Julai depan. Apa-apa pun, semoga urusan bersalin Raja Ilya nanti akan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Raja Ilya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen

