Connect with us

Artis / Selebriti

” Wow ada talent, penyanyi asal tak boleh cari makan dah lepas ni.. ” – Netizen

Video Zahiril Adzim Sedang Menyanyi Sambil Bermain Piano Raih Pujian Peminat. Wah Tak Sangka Zahiril Ada Bakat Terpendam, Sedap Juga Suara Tu !!

Zahiril Adzim merupakan salah seorang pelakon yang cukup dikenali kerana lakonannya yang sangat berkesan dan real.  Malah Zahiril juga pernah merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Pek4k di Festival Filem Motivasi di Rusia beberapa tahun lalu.

Terbaru, meninjau ke akaun Instagram, Zahiril ada berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang bermain piano. Selain itu, Zahiril juga telah menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk ‘Tentang Rindu’ nyanyian asal penyanyi Virzha.

Perkongsian video oleh Zahiril itu telah mendapat perhatian ramai. Ada yang tidak menyangka pelakon hebat ini juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Meskipun Zahiril hanya menyanyikan lagu tersebut dalam keadaan bersahaja, kedengaran sangat sedap.

Namun lagu yang dinyanyikan oleh Zahiril itu terhenti setelah kehadiran seorang wanita yang berdiri di belakangnya. Sehingga kini perkongsian video oleh Zahiril itu telah ditonton lebih 29 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Zahiril malah ada juga yang terhibur dengan kehadiran wanita tersebut yang membuatkan Zahiril terhenti untuk menghabiskan nyanyiannya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Panggil perform event berapa rates ? Pm.. ” – Fadzil Zahari

” W0w ade talent, penyanyi asal tak boleh cari mkn dah lepas ni kalau tengok video abang Zahiril ni, terbaik lah.. “

” Lah pandai menyanyi rupanya. Sedap juga suara tu. Mana tahu ada rezeki ke bidang nyanyian pulak lepas ni kan, hehehe.. “

” Bagus jugak sora tu bro, cer buat smpai habis satu lagu. Kahkah tegak terpacak amoi tu pun, pot0ng betul lah baru nak layan Zahiril habiskan lagu tu.. “

” Aduhhh, haha napa tak habiskan. Tak kan m4lu kot abang, hehe sedap lah suara, ada potensi ni jadi penyanyi.. “

” Mantap, berapi arr suara tu. M4lu-m4lu je Zahiril lepas amoi tu diri kat situ. Kawan baru nak layan menyanyi, hahaha.. “

” Tajuk lagu apa ,macam best je dengar. Bukan tempat hantu kimono punya ke tu bro, hehe. Lagu Dewa 19 satu pls, suara tu dah ala2 penyanyi Indonesia.. “

Amboi layan betul yer Zahiril menyanyi lagu ni, sedap suara Zahiril patut lah ramai yang puji. Apa-apa pun, semoga Zahiril terus berjaya dalam bidang yang diceburinya dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zahiril Adzim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT