Artis / Selebriti
” Weyhh kalau dah kahwin ni, habislah Bella hari-hari kena kacau, haha.. ” – Komen Netizen
Video YB Saddiq menyakat Bella Astillah ketika di set penggambaran Mommy Hana buat warganet terhibur. Amboi YB, kaw-kaw betul mengusik, sampai melompat Bella lari. Nakal betul YB ni, kuat mengusik rupa-rupanya, haha..
Gandingan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq antara yang disukai ramai pada ketika kini. Peluang ini digunakan juga oleh pengasas Mommy Hana untuk menarik minat pembeli dengan menjadikan Bella dan YB Saddiq sebagai duta mereka. Video iklan pertama Bella dan YB Saddiq untuk Excel Hana telah pun dikongsikan kepada umum.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mommy Hana x bang aji, telah dikongsikan satu video yang memaparkan di sebalik tabir gelagat YB Saddiq dan Bella ketika penggambaran dilakukan. YB Saddiq sememangnya diketahui oleh pengikut BASS seorang yang suka menyakat.
Malah Bella juga pernah memberitahu ketika live sebelum ini akan perangai YB Saddiq itu. Menerusi video ini, YB Saddiq menyakat Bella dengan menghulurkan satu bekas yang berisi belut. Bella yang terkejut terus melompat dan berlari menjauhi YB Saddiq.

Lantang betul suara Bella menjerit, sementara YB Saddiq mengekek ketawa melihat reaksi Bella itu. Tidak hanya sekali, berkali-kali YB Saddiq menyakat Bella dan kenakalannya itu mencuit hati warganet. Bahagia sungguh YB, berbeza sungguh sikap YB Saddiq ketika di Parlimen dengan sikapnya pada ketika itu.
Jom tonton video di bawah :
@mommyhanaxbangaji Kacau Bella bukan suka-suka, Tu cara YB tunjuk suka 😄 #BASS Ewahh berpantun pulak kite 😜 Seronok sangat erk YB 🤣🤣
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Jangan la usik bella tu yb oiii… Boleh pengsan kalau dah takut sgt tu. Nanti sapa yg susah kalau bella pengsan.. Yb jgk yg merana kannn.. “
” Ni kalau dah kawin duduk serumah, jiran2 sblh dok jenguk2 kepala je dgr suara Bella jerit2 siang malam.. dah kenapa pengantin baru tu, haha.. “
” Kehadiran Bella sangat membahagiakan saya”…ok Yb… fahamm.. Lagi dia tau Bella geli n tak suka binatang slimy lagi dia usik tapiiiii.. dia jer yaa boleh usik, orang lain usik mmg dia sound terus.. “
” Sebab tu Yb bagi statement adanya Bella dia sangat Bahagia.. haha kami faham Yb.. kuat nyakat ni,happy dia ek.. “
” Kuat menyakat rupanya, tapi sweet lah.. nakal sangat YB ni. tak cukup tanah Bella lari tu. dah melompat sayang YB tu haha.. “
” Ni sekarang.. nanti kalau dah serumah, abis riuh rendahlah bella kena sakat dengan yb haha.. his love language toward her.. “
” Sakit perut gelak, comel betul Bella ni. Malam kang mengigau kejar YB ni.. bak kata YB Saddiq dalam kenakalan ada kebahagiaan hehe.. betul la dia kuat menyakat.. “
” Hahahhahahaha… jauh benar dari dunia politiknya.. Ini rupanya gaya sebenar Syed Saddiq. weyhhh kalau dh kawin ni habislah bella hari2 kn kacau.. “
Kecoh suasana apabila Bella disakat oleh YB Saddiq, muka seronok YB Saddiq melihat reaksi Bella tak dapat disembunyikan. Bahagia warganet melihat telatah Bella dan YB Saddiq. Betul kata YB Saddiq, dalam kenakalan ada kebahagiaan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mommyhanaxbangaji
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen

