Artis / Selebriti
” Weh semalam memang best gila bila Kak Lina ada, terus hidup stage, haha.. ” – Komen Netizen
Kemunculan Elly Mazlein Di Pentas The Hardest Singing Show Buat Suasana Menjadi Gempak. Dapat Jer Mikrofon Terus Kak Lina Tak Berhenti Menyanyi. Naik Pening Nabil Ahmad Dan Rina Nose Nak Suruh Kak Lina Stop Menyanyi, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik Majalah Remaja dan akaun TikTok Astro Gempak, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Elly Mazlein atau mesra dengan panggilan Kak Lina hadir di program The Hardest Singing Show semalam. Menerusi video pertama, Nabil Ahmad menyakat Kak Lina dengan berkata Kak Lina merupakan ‘Presiden Tarik Diri’ .
Manakala video kedua pula memaparkan Kak Lina disambut mesra oleh pengacara Rina Nose dan mereka saling berpelukan sebelum naik ke pentas. Kehadiran Kak Lina di pentas bersama Nabil dan Rina telah menggamatkan suasana program tersebut apabila Kak Lina sempat menyanyi lagu Empat Dara untuk semua penonton yang hadir.
Keadaan menjadi riuh rendah mendengar suara ketawa daripada para penonton apabila melihat telatah Kak Lina yang begitu semangat menyanyi meskipun beberapa kali Nabil dan Rina memberikan isyarat agar berhenti menyanyi. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang meluahkan rasa rindu untuk melihat Elly menjadi pengacara dan bergandingan bersama Nabil dan Rina. Komen mereka lagi, suasana pentas The Hardest Singing Show semalam menjadi meriah dengan kehadiran Kak Lina. Sehingga kini, video tersebut menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
@astrogempak Presiden tarik diri dia panggil Kepom @iamellymazlein . Tak baik @nabilzira . Akhirnya bertemu jua Kak Lina & @rinanose16 selepas setahun tak jumpa. Undi peserta kegemaran anda sepanjang siaran langsung di www.gempak.com/thehardestsingingshow Saksikan The Hardest Singing Show 🗓️ Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro RIA atau strim di Astro GO dan sooka Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang! Chill jer bila sooka Got All! Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! Strim sekarang: www.sooka.my #TheHardestSingingShow #THSS #LuarLimitasi #TheHardest #AstroGo #AstroBaharu #sookaMalaysia #sookaGotAll #sookaGotDrama #LayanOriJanganCuri
@astrogempak GempakLive: Kak Kepom ada malam ni gais! Siap request nyanyi. Undi peserta kegemaran anda sekarang di www.gempak.com/thehardestsingingshow Saksikan The Hardest Singing Show 🗓️ Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro RIA atau strim di Astro GO dan sooka Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang! Chill jer bila sooka Got All! Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! Strim sekarang: www.sooka.my #TheHardestSingingShow #THSS #LuarLimitasi #TheHardest #AstroGo #AstroBaharu #sookaMalaysia #sookaGotAll #sookaGotDrama #LayanOriJanganCuri
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Weh semalam memang best gila bila Kak Lina ada, terus hidup stage, haha.. Kalau lah mereka bertiga ni bergabung memang gempak lah.. “
” Alahhhh terus rindu Kak Lina tau.. Best sangat kalau kalau Kak Lina jadi pengacara, suasana sentiasa meriah tau.. Pls Astro ambik Kak Lina.. “
” Well Kak Lina kan.. Mana ckup nyanyi sekali je. kena bnyk kali sampai chaan penat hahaha.. Rindu la kat Kak Lina Kepom jdi pengacara.. Gabungan Kepom, Rina, Nabil.. “
” Itu la sapa suruh bg mic kat Kak Lina Pom Pom… Gini la jdnya.. Huru hara jadinya pentas, hahahaha berdekah aku tengok semalam, best sangat.. “
” Korang undi kak lina lagu sayap kat muzik² 39 supaya dia dapat bawak lagu tu pi muzik² separuh ahir dan ada rezeki dapat pergi ajl AMIN.. “
” Rasanya semalam paling best bila Kak Lina datang, hahaha.. Kan best kalau Kak Lina join juga jadi pengacara THSS.. Mesti ramai tengok lah.. “
” Dah mcm tgk Raja Lawak Mega bila Kak Lina join.. Hahaha tengok masa ada kak Lina bru nampak rancangan ni hidup tau, huhuhuhu.. “
Begitu lah Kak Lina, apabila dapat mikrofon tidak mahu berhenti nyanyi lah pula. Naik pening Nabil dan Rina nak menyuruh Kak Lina untuk berhenti menyanyi. Betul komen warganet, kehadiran Kak Lina sebagai pengacara sangat dirindui, lebih-lebih lagi apabila Kak Lina bergabung bersama Rina serta Nabil, semakin meriah suasana jadinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG majalahremaja, TikTok astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima

