Artis / Selebriti
” Weh sedap g1la walaupun Datuk M. Nasir nyanyi santai saja.. ” – Netizen
Video Datuk M. Nasir Menyanyikan Lagu Tiara Di Konsert Gentang Pati Raih Pujian Ramai. Wow Selamba Jer Datuk M. Nasir Tarik Part Tinggi Tu. Memang Lain Macam Lah Bila Pencipta Lagu Sendiri Yang Menyanyi Lagu Tiara Ni, Padu Habis !!
Siapa tidak mengenali penyanyi dan juga komposer terkenal, Datuk M. Nasir. Sehingga ke hari ini boleh dikatakan lagu-lagunya masih menjadi siulan ramai. Baru-baru ini Datuk M. Nasir telah mengadakan Konsert Gendang Pati Live in Kuala Lumpur.
Konsert yang berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) menyaksikan seramai 3,000 penonton hadir untuk menonton persembahan daripada Datuk M. Nasir. Difahamkan seramai 16 pemuzik mengiringi persembahan tersebut.
Meninjau di akaun TikTok milik leftyarte, telah dikongsikan video memaparkan Datuk M. Nasir menyanyikan lagu ciptaannya yang bertajuk Tiara yang dipopularkan oleh Kumpulan Kris. Tampil kacak dengan persalinan unik berwarna hijau, Datuk M. Nasir membawa lagu Tiara dengan caranya yang tersendiri.

Perkongsian video ini menarik perhatian warganet. Ada yang meluahkan rasa kagum mendengar nyanyian Datuk M.Nasir dan mengatakan meskipun Datuk M. Nasir membawa lagu Tiara secara santai, ianya tetap kedengaran merdu dan mengasyikkan. Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 141 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@leftyarte Tiara by Pencipta lagu sendiri. #gendangpati #mnasir #tiara #raikancinta #hijabkekasih #hattan #datomnasir #suatumasa
@leftyarte Replying to @Sueshaidah Suatu Masa – M Nasir tersangat syahdu #gendangpati #mnasir #suatumasa #datomnasir #raikancinta #fyp
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa suka dengan nyanyian Datuk M. Nasir dan memuji caranya membawa lagu ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Weh sedap g1la walaupun Datuk M. Nasir nyanyi santai saja.. Ulang2 aku tengok video ni.. Bestnya dapat dengar live Datuk nyanyi.. “
” Apehal tak pernah tak best Dato’ M Nasir nyanyi.. Huhu padu ar bila otai nyanyi.. Relax ja dia nyanyi.. Part tarik tu memang slumber arr.. “
” Legend dan lagu2 kekal evergreen dgn bahasa puitis.. Antara lagu rock yg masuk dalam jiwa.. Tak pernah rasa jemu dengar.. “
” Kalau penciptanya yang menyanyikan nye memang paduuuuuu.. Best sangat dengar Dato M Nasir bawa caranya yang tersendiri.. “
” Menyampah aku tengok M Nasir ni.. Menyanyi bersahaja je tp aura dia pehh.. Aku kt karoke jamban separuh nyawa nyanyi.. “
” Sifu dgn cara tersendiri.. Lain dari yang lain.. Padu.. Saya antara yang membesar dengan lagu-lagu hasil karya M. Nasir.. Best.. “
” Kita pun ada di sana touched lagu ini dan legend M Nasir nyanyi mendayu2.. Lagu ni betul2 mengimbau kenangan lah.. “
Patut lah ramai yang memuji, padu sungguh suara Datuk M. Nasir nyanyi lagu Tiara. Selain lagu Tiara, Dato’ M. Nasir turut mendendangkan lagu ‘ Suatu Masa’ dan lagu ini juga membuat para penonton yang hadir tersentuh. Semoga Datuk M. Nasir terus maju jaya dalam bidang seni suara serta segala urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok leftyarte, IG mnasirmohamed
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi



