Artis / Selebriti
” Weh, makin handsome. Prince Wakeel and Princess Ameerah turun padang.. ” – Komen Netizen
Video Putera Wakeel Dan Puteri Ameerah Mengikuti Ayahandanya, Sultan Brunei Ke Amerika Syarikat Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Lama Putera Wakeel Tak Muncul Di Media, Makin Handsome. Puteri Ameerah Pun Makin Cantik !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan keberangkatan tiba Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah bersama dua orang anakandanya, Putera Wakeel dan Puteri Ameerah telah meraih perhatian ramai.
Ramai yang menantikan kemunculan Putera Wakeel yang sekian lama tidak muncul di media sejak perkahwinan kekandanya, Putera Mateen. Putera Wakeel yang kini sudah berusia 18 tahun dilihat semakin handsome dan matang. Puteri Ameerah pula sungguh manis dengan penampilan berhijab.
Sekadar info, kedua anakanda Sultan Brunei ini merupakan hasil perkongsian hidupnya bersama bekas isterinya iaitu Azrinaz Mazhar Hakim yang dahulunya merupakan isteri ketiganya. Azrinaz merupakan seorang personaliti TV berwarganegara Malaysia.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 7 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kedua-dua anakanda Sultan Brunei ini sering menjadi perhatian ramai di media sosial kerana rupa paras mereka yang cantik dan handsome.
Jom tonton video di bawah :
@mr94ler15 help me😭prince🙌🏻 too handsome🫠 #masyaallahtabarakkallah #bruneiroyalfamily #princewakeel #awb #royalfamily #bruneiroyals #fypシ #fypシ゚viral #explorepage
Ramai yang memuji penampilan dua adik-beradik ini yang handsome dan cantik. Antara komen-komen yang diberikan :
” Prince Wakeel looks so cool, OMG.. Alhamdullillah ini yg paling di tunggu. Ya Allah begitu tampann yaa. they truly are growing up.. “
” Weh, makin handsome.. He’s handsome but needs to fix his hairstyle.. Prince wakeel and princess Ameerah turun padanggg .. “
” Masya Allah Dia sangat tampan. ya allah jodohkuu new update punyaa hensem gileeee arghhhhh pembakar semangat ni.. “
” I’m sorry for the question, but where did Prince Mateen go, who always performed these duties? prince wakel macam artis indonesia.. “
” Wahhh ngaco bener ya allah.. Jumpa nanti dgn bonda azrinaz sekarang kt uk.. hensom dan cantik kedua ank sultan Brunei.. “
” Omg that croco hermes bag.. prince wakeel kena angin US. prince wakeel iras artis mlysia..lupa nama artis mlysia. akhirnya setelah sekian lamaa bang muncul juga kangen bgt.. “
” I think wakeel is going to study in US instead UK. but i never know, anyone know about this?. And he’s in new york toooo.. “
Nampaknya Putera Wakeel akan menjadi pujaan ramai wanita di luar sana sejak Putera Mateen mendirikan rumahtangga. Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kedua adik-beradik ini mewarisi wajah tampan bapa dan kecantikan ibu mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mr94ler15
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga6 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pergh dah dapat tone suara mak dia. Pejam mata weh, meremang. Aura Sarah kuat.. ” – Komen Netizen

