Artis / Selebriti
” Weh kenapa aku nangis sekali. 1st time tengok Erra express her feeling macam ni.. ” – Komen Netizen
Video Erra Fazira tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual selepas kembali bergelar isteri buat ramai tersentuh. Jarang tengok Erra emosi seperti ini. Touching sungguh kata-kata Erra tu..
Segala yang dirancangkan oleh Erra Fazira dan Ezwan Zain untuk hari bahagia mereka pada hari ini berjalan sebagaimana dengan lancar. Kaum keluarga kedua-dua belah pihak meraikan pasangan pengantin baru ini dan ianya hari bersejarah untuk Erra dan Ezwan.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Media Hiburan dan Tiktok Kartseeni, telah dikongsikan satu video wawancara pihak media bersama Erra dan Ezwan. Erra pada awalnya kelihatan gembira, namun ketika meneruskan ucapannya untuk semua, Erra tidak mampu menahan sebak.
Erra berkata, dia tidak menyangka bahawa dirinya akan kembali memegang status isteri. Setelah lebih 10 tahun hidup sebagai ibu tunggal, perasaan gembira dan sedih Erra tidak dapat dibendung oleh jelitawan ini. Bergetar suara Erra menghabiskan ucapan tersebut.

Harapan Erra untuk perkahwinan yang kali ke 3 ini sangat besar. Ezwan juga turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua peminat Erra yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Satu ucapan yang matang daripada Ezwan.
Jom tonton video di bawah :
@kartseeni Live Update: Erra Fazira sebak ketika memberikan ucapan buat para peminat. Semoga pasangan ini berbahagia hingga ke jannah. Sama-sama kita doakan #kartseenilah #errafazira #ezwanerra #ezwanzain #borakseeni
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nampak aura Ezwan ni sebagai pemimpin…. Alhamdulillah. Beautiful couple. tenang shj ezwan.. Era pun nampak sebak.. dan bersyukur.. Semuga cinta hingga ke jannah.. “
” Petah berbicara ezwan ni.. bru ngam ngan erra. semoga mereka bersatu hati hingga jannah aminnn.. ezwan ni matang, tapi bila gurau pun 2×5 lawak.. sesuai.. “
” Nampak tangisan bahagia dan tangisan pengharapan Erra bahwa cukuplah ini yg terakhir… Semoga bahagia sampai hujung nyawa.. “
” Saya pulak yang touching.. Alhamdulillah.. turut terharu Dan gembira.. Berkekalan hingga ke pintu syurga dan ke nafas terakhir.. “
” Siapa yang nangis kumpul sini.. wanita akan betul2 bahagia bila disayangi dihargai oleh lelaki yang tepat .. insyaAllah ramai yg mendoakan yg baik2.. “
” Weh kenapa aku nangis sekali. Abg B kau jaga Erra Fazira tu elok2 jgn mcm2 ya.. sebak pulak aku.. she deserves all happiness in this world insyAllah. “
” 1st time tengok erra express her feeling mcm ni.. slalu dia jenis yg sangat cool dan sangat pandai menyembunyikan perasaannya… moga kebahagiaan kekal bahagia untuk kedua mempelai.. “
Warganet turut tersentuh melihat dan mendengar ucapan Erra itu. Tinggi harapan Erra untuk perkahwinannya kali ini dan pastinya Ezwan akan mencuba menjadi suami dan ketua keluarga yang terbaik. Selamat berbahagia Erra dan selamat menempuh alam rumahtangga dengan tenang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mediahiburan, TT Kartseeni
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen

