Artis / Selebriti
” Weh Icha, aku tak pernah tengok dia marah macam ni.. ” – Una PMW
Video Fattah Amin memarahi Una dan Icha menerusi pesanan suara Whatsapp buat warganet terhibur. Fuh tak pernah dengar Fattah marah macam ni. Kecut perut Una dan Icha dibuatnya, haha..
Sebagaimana yang semua sedia maklum, Fattah Amin dan keluarganya masih lagi berada di Tanah Suci Mekah kerana mengerjakan ibadah umrah. Fattah meninggalkan sebentar tugasannya sebagai Ketua Pemasaran di Pak Mat Western untuk menyempurna ibadah umrahnya itu.
Meninjau entry di akaun Instagram Pak Mat Western, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Una dan Icha sedang mendengar Whatsapp voice messages yang dihantar oleh Fattah. Bukan satu, tetapi lima pesanan suara yang Fattah kirimkan untuk Una dan Icha.
Nada suara Fattah tidak kedengaran seperti selalu dan kali ini Fattah memarahi Una dan Icha kerana tugasan yang diberikan tidak disempurnakan. Kata Fattah, sepatutnya jika tidak memahami arahannya perlu segera bertanya. Namun Icha tidak berbuat demikian dan ini mengundang bebelan Fattah.
Fattah turut memberi amaran kepada Una supaya tidak lagi mengulangi perbuatannya yang suka left whatsapp group. Tegas betul bunyi suara Fattah itu dan lakonan Ina dan Icha itu menggeletek hati warganet. Seperti dyang dimaklumkan dalam video, Fattah akan kembali ke Malaysia esok dan sekarang Fattah masih berada di Madinah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat dikongsikan untuk pembaca :
” Macam lecturer marah student je ni.. Ica jangan takut.. left jer group haha.. ada je akal 2 ketul ni nak bagi boss marah.. “
” Tak tahu nk gelak ke serius. ayoo ica tak tahu boss Fatah dah marah.. ayoyo.. 2 org nii main byk sgt , kna marah left group pndai plk.. “
” Haha ada je diorang ni. aku pulak yang takut.. aiyokk tak pernah dengar boss marah ni.. Ini kalilah…. ha ha xtau , bossFa baru cuit saja tu… hangpa dah menggelabah.. “
” Fattah marah macam tu ke? macam tak marah je tu haha.. taktau laa icaa ,unaa selamat p dah .. left group pun dah.. “
” Terbaik ooo lakonan mantap una ica.. Aiyooo boss dah marah.. kantoi Una asyik left group haha.. “
” Garang boss Fattah.. haha padan muka Una dengan Icha kena marah.. Bos sure tak sanggup marah dua ketul keychains ni face to face kan.. “
” Kalau macam ni suara abang Fattah marah, tiap-tiap hari la buat salah.. Tegas dalam kelembutan.. kalau bos marah macam ni, hari-hari pun aku sanggup datang kerja.. “
Seronok warganet dengan content-content marketing seperti ini oleh team Pak Mat Western. Walaupun hanya lakonan, namun Una, Icha mahupun Fattah berjaya menjadikannya seperti real sahaja. Sama-sama kita nantikan apa yang akan terjadi sejurus Fattah balik ke Malaysia. Jaga-jaga Una dan Icha, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Pakmatwestern, Tiktok pakmatwestern
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Memang aku tunggu VTT ni sebab nak tahu apa yang jadi backstage. Struggle bila penyanyi buat silap.. ” – Komen Netizen