Artis / Selebriti
” Walaupun dia berpakaian seksi, solat dia tak lupa pun.. ” – Komen Netizen
Kasih Iris Leona kongsi rutin hariannya ketika berada di United Kingdom raih perhatian ramai. Dari bangun pagi sehingga lah ke waktu tidur. Selamba je Leona dengan wajah bangun tidurnya..
Meninjau ke akaun Tiktok Leona, perkongsian sebuah video yang memaparkan rutin harian Leona ketika berada di luar negara telah meraih perhatian ramai. Leona berkongsi rutinnya sebagai pelajar kerana melanjutkan pelajarannya ke United Kingdom.
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini merupakan seorang pempengaruh media sosial dan mempunyai sejumlah 1 juta pengikut di akaun Tiktoknya. Antara rutin harian Leona ketika di bulan Ramadhan ini ialah bersahur, pergi ke kelas dan berbuka puasa.
Apa yang mencuri perhatian ramai ialah Leona tetap menunaikan solat walaupun berada jauh di perantauan. Leona juga tidak segan silu berkongsi wajahnya ketika baru bangun dari tidur. Untuk bersahur dan berbuka puasa, Leona menyediakan sendiri makanannya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ratus ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Segalanya dilakukan sendiri oleh Leona dan nampak sangat berdikari. Bukan mudah berada jauh daripada keluarga tersayang.
Jom tonton video di bawah :
@leonsmeonss A day in my life in Ramadhan 🥰@Glad2Glow.my
♬ hannah montana youll always find you way back home – nice sounds🤝🏼
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Walaupun dia berpakaian sexy solat dia tak lupa pon.. Influencer Leona seorg saja yg berani shoot muka baru bangun tido rasanya. Salute.. “
” Kepada adik2, korg xnk ke further study mcm ni? yg pandang spm sambil lewa tu? besttt tau masuk uni. akk masuk ipta je pun da best. ini kan tmpt org. so pleaseeee blaja baik2.. “
” Yg penting, dia tahu n tak lupa amanah tanggungjwb dia sbgai seorg muslimah love Leona yg skrg teruskan dear ! Soo proud of you.. “
” Tengok ni adik2, seronok tau belajar oversea. Korg belajar rajin2, jadikan inspirasi bab belajar pandai2 tu… your classmates, are they from Malaysia too? “
” Rambut bangun tido ni real. Org lain semua bajet2.. baik budak leona ni..sentiasa bawa positif vibes. sejadah from where? cantik.. “
” Sejuukk nya tgk leona pray ats sejadah Semoga stiasa didampingi org yg baik2 Aamiiin.. bagus la tgok leona sekarang sikit2 berubah ke arah yg baik.. “
” Rumusan video ni , masa itu sangat penting jika diisi dengan pembelajaran dan aktiviti yang berfaedah, jelas nampak dlm vd ni , leona ni rajin, independent dll. Moga terus sukses leona.. “
Video Leona kali ini nampak sangat menarik kerana ia menunjukkan kehidupan seorang pelajar yang berada di luar negara. Semoga Kasih Iris Leona dipermudahkan segala urusan ketika berada di sana dan berjaya menamatkan pelajarannya dengan cemerlang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Leona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” 2 kepala tapi sama je tingkahnya. Perangai masuk air dua-dua, comel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen

