Artis / Selebriti
” Wahh Cik Yam dah makin bijak la, comel je dengar dia bercakap.. ” – Netizen
Fizo Omar Kongsi Video Membawa Anak Sulungnya, Wan Maryam Ke Spa. Wah Siap Rebonding Rambut Yer Cik Yam. Comel Lah Cik Yam Bila Berambut Lurus. Part Last Tu Seronok Dengar Dan Tengok Gaya Cik Yam Bercakap !!
Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Fizo Omar pasti mengetahui yang Fizo sering berkongsi perkembangan terkini anak-anaknya, Wan Maryam dan Wan Khaleeda di akaun media sosial miliknya buat tatapan umum.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Fizo telah memuatnaik satu video yang memaparkan telah membawa Wan Maryam atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya, Cik Yam ke sebuah Spa di Kuantan, Pahang.
Tulis Fizo, dia membawa Cik Yam untuk me time dan dilihat Cik Yam melakukan facial dan mencuci rambut di sana. Pada hujung video itu, rambut Cik Yam telah dibuat rebonding. Penampilan Cik Yam yang berambut lurus telah menarik perhatian warganet.

Ada yang menyatakan suka melihat gaya Cik Yam bercakap dan mengakui yang Cik Yam lebih cantik dan sesuai dengan berambut kerinting. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Fizo tersebut telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai gelagat comel Cik Yam di dalam video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Wahh Cik Yam dah makin bijak la, comel je dengar dia bercakap.. Waaaahh rambut Cik Yam dah lurus laaah, nampak nice.. “
” Dari baby sampai dah besar Cik Yam ttp comel, sweet dan cute. Cerdik pla tu bila bercakap, sekejap dah besar.. “
” Cik Yam lagi cantik berambut kerinting. Tapi comel juga bila berambut lurus. Kemain ye feeling dia tengok rambut baru.. “
” Aduh senangnya Cik Yam facial, lagi cantik dia bila rambut kerintinh, lurus pun comel juga Cik Yam.. “
” Woww comelnya Cik Yam, hhehe ger4m plk tengok gelagat comel dia. Best lah tengok Cik Yam bercakap.. “
Comel betul gaya Cik Yam dan wajahnya saling tak tumpah seperti ibunya, Mawar Karim. Meskipun Fizo dan Mawar telah berp1sah, mereka berdua bersahabat baik demi membesarkan anak perempuan tunggal mereka ini.

Pejam celik, pejam celik sekejap sahaja Cik Yam ni sudah besar. Untuk pengetahuan semua, Yam juga sangat manja dan rapat bersama ibu tir1nya, Fazeera. Apa-apa pun semoga Cik Yam terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fizoomar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti14 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

