Artis / Selebriti
” Wah dahsyat mertua Puteri Sarah ni. Jep dah jumpa belum video ni, lagi dibahan nanti, haha.. ” – Netizen
Video Throwback Datuk Yusuf Haslam Dan Sabree Fadzil Menyanyi Live Buat Ramai Teruja. Wah Handsome Betul Datuk Yusuf Dan Sabree Masa Muda, Nyanyi Santai Tapi Suara Power. Lagu Ni Yang Selalu Jep Bahan Datuk Yusuf, Hehe !!
Datuk Yusuf Haslam dan Sabree Fadzil merupakan tonggak utama filem berjudul Wira Angkasa sekitar tahun 1987 dahulu. Kedua-duanya mempunyai bakat lakonan yang hebat dan filem ini menjadi perbualan ramai pada waktu itu kerana hero-heronya tampan belaka.
Selain lakonan, Datuk Yusuf dan Sabree juga berbakat dalam nyanyian. Meninjau akaun Tiktok Sabree Fadzil, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan persembahan secara live Datuk Yusuf dan Sabree dalam rancangan Hiburan Minggu ini bersiaran di saluran RTM.
Dalam episod itu juga, ratu rock negara, Ella juga turut ada bersama. Datuk Yusuf dan Sabree dicabar untuk menyanyi dan lagu pilihan mereka adalah Bintang Malam Ini. Kata Datuk Yusuf, ini lagu cari makannya dan sememangnya lagu ini sesuai dengan vokal Datuk Yusuf dan Sabree.

Lagu ini lah yang selalu Jep Sepahtu ‘membahan’ Datuk Yusuf. Ini rupanya video Datuk Yusuf menyanyi lagu tersebut. Enjoy sahaja Datuk Yusuf dan Sabree menyanyi. Seronok warganet mendengar alunan suara Datuk Yusuf dan Sabree ini. Penampilan pula kacak dan bergaya, memang memukau penonton.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@sabreefadzil63
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” ‘Redzuan’ & ‘Iskandar’ ,Wira Angkasa. hensem datuk YH anak2 nya xde yg bole lawan ketampanan beliau…abg Sabree Fadzil plak hensem mcm pelakon China.. ”
” ni dua2 hero filem wira angkasa .. abg sabree ngan abg Yusuf Haslam memang pelakon paling hensem…. kacak sgt lg2 bila sarung uniform TUDM.. ”
” ni lagu paling sesuai untuk Datuk Yusuf Haslam dan Sabree Fadzil. Sedap suara Datuk Yusof Haslam.. ”
” wah dahsyat juga mentua Puteri Sarah ni.. Uncle sabree fadhli pun mase mude hensem betul.. ”
” Dari dulu kini dan selamanya minat sangat dengan mereka berdua.. Wira Angkasa tetap di hati.. ”
” Handsomenya DYH masa muda-muda. abg sabree muka msa muda mcm fahrin ahmad. Muka dato yusuf ms muda mcm muka boss jakel Dato Faroz.. ”
” woww ni pertama kali tengok datuk yusuf haslam nyanyi.. jep dh jmp blm video ni … lg dibahan dato’ nnt haha.. ”
Suara sedap, wajah pula handsome dan bergaya, memang pujaan ramai gadis Datuk Yusuf Haslam dan Sabree ni. Apa-apa pun, ini kenangan manis Datuk Yusuf Haslam dan sahabat baiknya ini yang akan sentiasa menjadi hiburan untuk peminat mereka berdua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sabree Fadzil
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen



