Artis / Selebriti
” Kenapa lah kita ikut nangis sama ni. Puas sekat air mata tapi jatuh juga.. ” – Netizen
Video Puteri Sarah Liyana Bersalaman Di Pagi Raya Bersama Datuk Yusuf Haslam Dan Datin Patimah Buat Ramai Tersentuh. Sebaknya Part Sarah Dan Datin Patimah Menangis !!
Seperti raya tahun-tahun sudah, tahun ini juga Puteri Sarah Liyana tidak lupa untuk beraya bersama mertuanya, Datuk Yusuf Haslam dan Datin Patimah Ismail. Turut sama bersama Puteri Sarah adalah anak-anaknya dan kedua orang tua Puteri Sarah.
Menerusi akaun Instagram Puteri Sarah Liyana, telah dikongsikan satu video yang memaparkan moment ketika Puteri Sarah bersalaman dan bermaafan bersama kedua orang mertuanya itu. Puteri Sarah kelihatan tidak dapat menahan air mata ketika memegang erat tangan Datin Patimah.
Begitu juga dengan Datin Patimah, laju sahaja air matanya mengalir. Semua tahu betapa sayangnya Datin Patima dan Datuk Yusuf terhadap Puteri Sarah. Sayu pula hati warganet melihat suasana ini. Kasih sayang yang tak akan ada noktahnya untuk kesayangan mereka ini.
Untung Puteri Sarah ada mertua yang sayangkan dirinya seperti anak kandung. Datin Patimah juga menyifatkan Puteri Sarah tetap menantu mereka selama-lamanya biar apa jua yang telah terjadi dan bakal terjadi pada masa akan datang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Puteri Sarah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 181 ribu tanda suka daripada warganet, Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Saya turut merasa sedih. Salute bonda mertua dan ayahanda mertua.. Semoga dikurniakan family mertua yang baik macamni jugak amin.. ”
” Allahu, syukur alhamdulillah.. Berjurai airmata ku, ikut menangis juga. Wanita yang kuta.. Love you Puter Sarah, nak hug juga, dari jauh.. ”
” Keluar airmata tengok.. Banyak-banyak video orang post minta maaf, yang ni aku nangis sebak.. ”
” Mencurah-curah air mata ku tengok betapa hebatnya ikatan dorang ni.. sayangnya datuk dan datin pada Sarah, macam anak kandung.. ”
” Baiknya mertua dia.. Sedihnya tengok. Mak bapak mertua sayang. Knp aku yg menangis sungguh nie? Aduiii.. emosi btol la tgk mcm nie.. ”
” Kenapa lah kita ikut nangis sama ni. Puas sekat air mata dr jatuh tp tewasss.. Terasanya tu sampai di sini.. maaf PSL, saya tumpang nangis sekali..
” Saya ikut menangis. Susah nak cari mak mertua dan bapak mertua yang macam ni. Dia yg bersalam raya aku yg menangis sedih.. ”
Siapa yang tidak sedih melihat video Puteri Sarah ini, lebih-lebih lagi yang mengikuti kisah hidup Puteri Sarah sejak dahulu sehingga sekarang. Allah mengurniakan Puteri Sarah mertua kiriman syurga yang ikhlas menyayangi Puteri Sarah dan sentiasa ada menyokong segala yang Puteri Sarah lakukan. Semoga Allah pelihara selalu ukhuwah ini, aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Puteri Sarah Liyana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Siap beriba dengan Tengku Ahmad, first time tengok ni. Tengku Ahmad sekali kena siram.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya dah mula sayang dengan Kilauan Emas, tup tup masa saya dah habis.. ” – Roy Azman
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Apasal aku nangis dengar nasihat Fattah tu. Allah uji dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Laju Fattah lari, nak putus nafas dah kawan tu kejar. Nabil main tipu pun kalah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Really amazing performance. Meremang bulu roma dengar suara Shila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata dia menahan sebak. Dollah ingat apa yang ibu dia cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” No wonder lah mertua Sarah sayang dengan Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dia rindu Fatima sangat tu. Sedih tengok Fattah.. ” – Komen Netizen