Artis / Selebriti
” Wah birthday trip paling gempak ni. Cantiknya bilik, memang tak tertidur sampai pagi lah.. ” – Komen Netizen
Video Dan Gambar Bilik Penginapan Percutian Anzalna Nasir Sekeluarga Di Singapura Buat Ramai Terpegun. Wah Hadiah Birthday Anak-Anak, Eidress Dan Emirhan Paling Gempak Ni. Mesti Mahal Bilik Ni, Bukan Kaleng-Kaleng !!
Anzalna Nasir bukan nama asing buat pencinta dunia hiburan tanah air. Sekali pun Anzalna tidak lagi aktif berlakon seperti dahulu, namun perkembangan jelitawan ini seringkali menjadi tumpuan warganet. Anzalna kini bahagia dengan kehidupannya bersama Hanif Zaki dan dua anak mereka, Eidrees dan Emirhan.
Meninjau entry di akaun Instagram Anzalna, telah dikongsikan video dan gambar mereka sekeluarga bercuti ke negara jiran, Singapura. Ini adalah percutian khas untuk Eidrees dan Emirhan dan Anzalna menggunakan hashtag ‘ EidreesEmirhanBirthdayTrip’.
Anzalna mengatakan dia akan memastikan anak-anak kesayangannya ini mendapat kehidupan yang terbaik . Anzalna dan Hanif rela berkorban apa sahaja supaya Eidrees dan Emirhan membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia serta akhirat. Untung Eidrees dan Emirhan kerana percutian ini memang betul-betul menakjubkan.

Anzalna menyewa penginapan di Aquarius Ocean Suite, Resort World Sentosa, Singapore yang terkenal dengan penginapan underwater. Dapat dilihat ikan-ikan berenang ke sana ke mari di sekeliling luar bilik. Seronok Eidrees dan Emirhan melihat pemandangan yang indah sebegini. Tidak semua orang mendapat peluang seperti ini.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Happy Birthday From Singapore Handsome Boys.. May Allah swt Bless You Both Always With Longevity,Good Health And Great Abundance Of Sustenance.. May You Both Grow Up To Be A Pious And Wise Son/Brother To Both Your Parents And Each Other.. More Wonderful Years To Come In Life.. ”
” Masyallah Alhamdulillah.. wat a spectacular vacation indeed. Enjoy guys.. Happy birthday Handsome Baby Boy.. ”
” Happy birthday handsome boy semoga berjaya dunia akhirat aamiin2.. alhamdulillah rezeki untuk anak-anak.. ”
” Cantiknya dalam bilik ada ikan.. Semoga membesar dn dewasa sebagai muslimin yg sempurna akhlak dan budi pekerti.. ”
” Allahuakbar alhamdulillah.. Bestnya.. Rasa mcm mermaid.. Bilik mcm ni… i rasa 1 family tak tdo sbb excited tgk fish.. Lets keep swimming.. ”
” Wah birthday trip paling gempak ni. Syoknya Eidrees dan Emirhan dapat stay bilik macam ni. Memang tak tertidur sampai pagi lah tengok ikan berenang-berenang cam tu.. ”
” Rezeki anak-anak soleh ni dapat stay hotel yang mewah macam ni. Kalau kita boleh overthinking hehe. anyway happy birthday handsome boy.. ”
Ibu dan bapa biasanya sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan anak-anak. Terbaik lah Anzalna dan Hanif, ini pasti akan menjadi percutian paling indah buat Eidrees dan Emirhan. Selamat bercuti Anzalna sekeluarga dan semoga segala urusan sepanjang percutian ini berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anzalna Nasir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen

