Connect with us

Artis / Selebriti

” Untung Shukri, dapat isteri serba boleh macam Tya.. ” – Netizen

Angkat Barang Pindah Ke Rumah Baru Tanpa Bantuan Suami, Video Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan Raih Pujian Ramai. Woww Memang Superwomen, Serba Serbi Boleh Buat Sendiri. Terbaik Lah !!

Baru-baru ini, isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan ada berkongsi berita gembira dapat pindah ke rumah yang baru dibeli mereka. Sempena hari lahirnya yang ke- 30, Tya juga berkongsi video sekitar rumah barunya itu.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Tya telah berkongsi satu video yang memaparkan dia sibuk mengangkat barang-barang yang dibawa dari rumah lama ke rumah baru untuk proses mengemas tanpa bantuan Shukri.

Tulis Tya, dia tidak mahu mengganggu Shuk yang baru sahaja pulang sho0ting drama dan risau sekiranya Shuk masih lagi keletihan. Malah jika dilihat, Tya telah memandu sendiri kereta Land Rover dan membawa kotak-kotak barangan ke rumah baru.

Perkongsian oleh Tya itu telah mendapat perhatian warga maya. Ada yang menyatakan beruntung Shukri kerana memiliki isteri yang independent seperti Tya. Sehingga kini, video Tya itu telah mendapat lebih 26 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video itu di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya memuji Tya seorang wanita yang hebat. Antara komen-komen menarik adalah :

” Untungnya dpt isteri mcmni perfect, cantik rajin dan suka tolong suami. Please jg tya elok2 ini wanita rare, tak de acah2 dia jenis ke hadapan.. “

” Terbaik Tya, semoga dipermudahkan segala perancangan tya tahun ni, superwomen mommy Tya, untung Shuk tau.. “

” Untung Shukri, dapat isteri serba boleh macam Tya. Memang suka tengok video2 Tya, rumah dia sangat lah kemas tnpa bantuan bibik.. “

” Wahh Tya, sempoi je tengok bawa land rover tu, siap angkat kotak. Memang isteri, ibu yang terbaik lah, jarang tau nak boleh dapat isteri rajin macam ni.. “

” Alhamdulillah syukur. InsyaAllah dear go Insan yg bernama Tya. Untung si suami dapat isteri seperti ini, snetiasa meringankan kerja suami.. “

” Vibes mafia betul lah dgn kereta tu aishh power lah Kak Tya, dengan anak-anak lagi, sempat lagi tu. Hope Allah ease everything for you, amin.. “

” Sbb tulah Tya disayangi dan sentiasa melengkapi Syukri Yahya. Kita sbg isteri, kita cuba sehabis baik memudahkan urusan suami.. “

Seorang wanita, isteri dan ibu yang sangat hebat lah Tya, memang patut dapat pujian dan bertuah Shukri dapat isteri seperti Tya. Apa-apa pun, semoga segala urusan Tya dipermudahkan serta terus bahagia bersama suami dan anak-anak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Adnan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT