Artis / Selebriti
” Untung dapat konsert free dalam flight. The real konsert di atas awan ni.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza menghiburkan penumpang di dalam kapal terbang AirAsia raih perhatian ramai. Wah, bukan senang nak sama flight dengan Tokti ni, paling humble duduk kelas ekonomi je..
Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, perkongsian sebuah video yang memaparkan Dato’ Seri Siti menghiburkan para penumpang di dalam kapal terbang AirAsia telah meraih perhatian ramai. Ketika itu, Dato’ Seri Siti dalam perjalanan ke Jogjakarta, Indonesia.
Paling menarik ialah Dato’ Seri Siti dan suami, Dato’ Seri Khalid hanya duduk di kelas ekonomi sahaja. Dato’ Seri Siti telah dipanggil ke hadapan oleh krew AirAsia dan pastinya moment ini tidak boleh dilupakan oleh para penumpang kapal terbang tersebut terutamanya peminat Dato’ Seri Siti.
Selain menghiburkan para peminat, Dato’ Seri Siti turut membuat satu permainan dengan memilih empat orang penumpang lain untuk serta bersamanya. Mereka diminta untuk menyanyi lagu Dato’ Seri Siti dan mendapat sorakan ramai.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 36 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Gelak tawa dan sorakan peminat bergema dalam pesawat, menjadikan perjalanan udara tersebut lebih bermakna. Ramai yang merakam moment ini sebagai kenangan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Wehhh dia duk seat biasa je kot! ahh humble nya dia love you Dato Siti.. Tau macam tu aku pergi Jogja semalam, boleh 1 flight dh DCT.. “
” Bestnya yang dapat momen dengan TokTi.Untung dapat konsert free dalam flight.. The real konsert diatas awan ni humble sangat.. “
” Terbaikkkkkk salutes kakakku dok tiket standard seat.. Tokti je sorang boleh menyanyi buat game dalam flight yg lain jangan eh . Biar tokti sorang je.. “
” Dulu pernah satu flight dgn TokTi, siap duduk sebelah dia masa tu, tapi Afwa menjerit-jerit meragam kat seat depan, TokTi terpaksa duduk dgn Afwa nak pujuk dia.. “
” The sweetest thing was that, TokTi cakap dengan saya sebelum dia pindah seat depan “Sorry ye saya terpaksa pindah” Dalam hati saya, eh kenapa minta maaf sama saya. sweetnya.. ”
” Masya Allah. Sekelas Diva saja masih mahu naik Air Asia dan duduknya di Economy Class. Bestnyaa teringin jugak naik flight bunyi sedap macamni takde la seriau sangat kan.. “
” Macam mana orang tak sayang. Baik betul dia melayan semua orang. Terus sihat, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. pm next flight ke mana pulak, nak booking ticket ni .. “
Dato’ Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja seorang penyanyi legenda, malah seorang penghibur sejati yang sentiasa dekat di hati peminat. Walaupun berada di ruang udara, aura dan pesonanya tetap mampu menceriakan suasana, menjadikan pengalaman di atas kapal terbang itu satu kenangan manis yang pasti sukar dilupakan oleh semua penumpang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

