Artis / Selebriti
” Kalau nak compare tak boleh, sebab dia.. ” – Neelofa
Video respon Neelofa mengenai kisah cinta adiknya, Ameera Khan dan Jefri Nichol serta ada yang membandingkan masa mudanya dengan kehidupan adiknya, Ameera Khan sekarang..
Meninjau di akaun Instagaram milik mediahiburan, telah dikongsikan video yang memaparkan temubual bersama usahawan, pelakon dan juga pengacara popular iaitu Neelofa. Menerusi video itu, Neelofa ditanya mengenai spekulasi hangat mengenai adiknya, Ameera Khan dengan Jefri Nichol.
Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa menjawab yang dirinya lebih selesa untuk tidak memberi sebarang apa-apa pun komen kerana risau jika kenyataan dikeluarkan oleh dirinya itu akan bakal mencetuskan reaksi negatif daripada orang ramai.
Selain itu, kata Neelofa, bagi dirinya, ada sesetengah perkara tidak perlu dijawab untuk orang ramai kerana ia hanya akan mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Dalam masa yang sama juga, Neelofa meminta agar tidak membandingkan kehidupan masa mudanya dengan Ameera kerana mereka tidak berada dalam satu industri yang sama.

Kata Neelofa lagi, perjalanan di awal kariernya bermula dalam industri seni jika dibandingkan adiknya itu, bukan lah bergelar pelakon, pengacara mahupun penyanyi. Namun, kehidupannya sering menjadi perhatian kerana zaman sekarang dunia media sosial dan sesiapa sahaja boleh jadi terkenal.
Tonton video di bawah ini :
Neelofa juga berkongsi mengenai kehidupannya sekarang yang lebih memberikan fokus terhadap keluarga kecilnya. Bagi Neelofa, kehidupannya sangat tenang dan membahagiakan. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja, dan tidak adil rasanya apabila isu mengenai Ameera ini dijawab oleh Neelofa meskipun umum mengetahui yang Ameera merupakan adiknya.

Untuk sekadar info, hubungan Ameera bersama Jefri Nichol kembali terjalin pada hujung Mac tahun lalu selepas mereka dikhabarkan putus beberapa tahuns ebelum ini dan kemesraan yang dipaparkan oleh pasangan ini di media sosial membuatkan warganet berasa kurang senang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial, neelofa, littlemisskhan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi

