Connect with us

Artis / Selebriti

” Ulang banyak kali tengok, pandainya Wara sebut.. ” – Netizen

Video Anak Bongsu MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa Yang Baru Berusia 8 Bulan Sudah Pandai Menyebut ‘Mama’ Dan ‘Papa’ Buat Ramai Teruja. Comel Betul Wara, Faham Je Apa Yang Papa Dia Cakap !!

Minggu lalu, jurusolek terkenal MUA Bellaz telah berkongsi khabar yang dirinya bersama keluarga bakal berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah. Kalau meninjau di akaun Instagram Bellaz sekarang, banyak gambar ketika berada di sana dikongsikan.

Terbaru, Bellaz telah memuatnaik satu video yang memaparkan gelagat anak bongsunya iaitu Nur Aisywara Nealofa. Dalam video tersebut, Aisywara atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya Wara sedang dipegang oleh bapanya.

Kedengaran suami Bellaz, Anuar telah meminta anaknya itu menyebut perkata ‘ mama ‘. Seperti faham apa yang diminta oleh bapanya, Wara dengan mudah menyebut perkataan ‘ mama ‘ . Bukan itu sahaja, Wara juga sudah pandai menyebut perkataan ‘papa’ .

Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan yang Wara seorang budak yang bijak. Sehingga kini, video terbaru Wara telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen ramai yang turut teruja mendengar Wara menyebut perkataan ‘mama’ dan ‘papa’. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ulang banyak kali tengok, pandainya Wara sebut.. Kita pula yang teruja tengok, tumpang happyΒ  sama naik dengan mama Wara.. “

” Cerdikknyaaaa diaaa, eee ger4mm la comeyyy ja dia sebut mama papa.. ketoi2 dia kluaq pnggil papa mama dia.. “

” Sapa ulang banyak kali kita geng.. MashaAllah anak bijaknya Wara ni.. Alhamdullilahh seronok mama dan papa Wara dengar.. “

” MasyaAllah Tabarakallah.. Comey je suara dia.. Wara cute sgt awk ni.. Ger4m aunty tgk aihhh rasa macam nak picit2 pipi tu.. “

” Comelnyaaa Wara.. Alhamdulilah moga sentiasa jadi anak yang solehah dan cerdik pandai. Moga dikelilingi dengan orang yg baik baik amin.. “

” MashaAllah comellllnyeeee.. Doakan kami dpt baby comel solehah mcm Wara yer Kak Bellaz, tak sabar nk ada anak.. “

” Mulut ringat betul Wara ni, moga jadi anak yang baik dan solehah ya Wara.. Dengar suara Bellaz kemain teruja kan anak dah pandai sebut mama, hehe.. “

Alahai bijaknya Wara, walaupun baru berusia 8 bulan sudah boleh sebut perkataan mama dan papa. Apa-apa pun semoga Wara terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG muabellaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT