Artis / Selebriti
” Hang rindu mama mesti ada makna, betul dak.. ” – MUA Bellaz

Video perbualan MUA Bellaz bersama anak bongsunya, Nur Aisywara Nealofa buat ramai terhibur. Amboi Wara, pot pet pot pet mulut tu tak berhenti bercakap. Cakap rindu mama tu macam ada makna je. Comel Wara, haha..
Bagi yang mengikuti jurusolek terkenal, MUA Bellaz di akaun media sosialnya, pasti mengetahui yang Bellaz sering berkongsi perkembangan anak bongsunya, Nur Aisywara Nealofa. Si kecil ini juga mempunyai ramai peminat seperti mamanya.
Meninjau di akaun Instagram Bellaz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bellaz sedang berbual bersama Wara. Menerusi video tersebut, pada awalnya Wara bertanya kepada Bellaz adakah mamanya itu sedang menunggu abahnya.
Dengan seloroh, Bellaz berkata kepada Wara, dia memang sedang menunggu abah Wara kerana begitu merindui abah Wara. Bellaz juga bertanya kepada Wara, adakah dia merindui abahnya. Jawapan yang diberikan oleh Wara membuat warganet terhibur.
Kata Wara, dia tidak merindui abah, malah dia sangat merindui mamanya. Usik Bellaz kepada Wara dengan berkata, Wara merinduinya itu kerana ada sebab dan rindunya itu pasti ada makna. Sehingga kini, video perbualan Wara bersama Bellaz telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian Bellaz kali ini dan memuji kecomelan Wara. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cara dia senyum dan pandang tu dah tau dh rindu ada makna.. Comel betul budak Wara ni, kita yang tengok pun jadi geram juga, hahaha.. “
” Hahahahaha geram.. Tgok mata dia tu pandang mana tu.. Gigit sat g ehehehhe.. Wara dan nenen memang tak dapat dipisahkan betul.. “
” Smpai ati tak rindu abah eh Wara.. Abah penat tlg org banjir.. Pndai amik ati mama, rindu katanya pdhl ada makna, haha.. “
” Cerdik noh Wara niy.. Bagi mkn apo niy .. Geram nengok nye.. Doakan saya juga dapat anak cerdik comel macam Wara.. “
” Rnduu tuuu sambal perati amboi naaa hahaha teringat moment ank msa kck2.. Aii tak kan nak kena branak lagi…Hahhaha..Waraaa.. “
” Dia faham rupanya apa yang mama dia cakap, gelak tu gelak nakal, hahaa.. Wara2, pandai betul ambil hati mamanya.. “
” Ishhhh geram betul lah tengok Wara ni.. Mata dia tu, amboi sambil cakap sambil tengok nenen. Hahhaa.. Wara kenapa comel sangat ni.. “
Amboi Wara, rindu mama rupa-rupanya ada makna yer. Tersenyum lebar Wara kena menyakat dengan Bellaz. Patut lah ramai yang geram melihat Wara, comel sangat wajah dan gelagat si kecil ini. Apa-apa pun, semoga Wara terus membesar menjadi anak yang pandai dan solehah buat kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG muabellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen