Connect with us

Artis / Selebriti

” Bila Wara besar nanti tengok video ni tersenyum sendiri.. ” – Netizen

Video Berepisod Anak MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa Bersama Content Creator, Faiz Suhaimi Buat Ramai Terhibur. Wah Memang Ada Vibe Korean Drama Lah. Real Betul Macam Berlakon Sama !!

Nur Aisywara Nealofa merupakan anak bongsu jurusolek professional, MUA Bellaz. Kecomelan yang dimiliki oleh Wara membuatkan ramai geram melihatnya. Bellaz juga sering berkongsi video dan gambar Wara di media sosial sama ada di TikTok atau pun Instagram.

Meninjau ke akaun Tiktok bernama Gongyooceluptepung, seorang lelaki bernama Faiz Suhaimi telah membuat banyak suntingan videonya bersama Wara. Kebanyakan video yang disunting diambil menerusi perkongsian Bellaz dan atas persetujuan Bellaz juga.

Klik gambar untuk info..

Hasil suntingan video tersebut telah menghasilkan drama berepisod dengan vibe seperti drama Korean. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja episod terbaru bersama Wara. Paling menjadi kerana suntingan video tersebut nampak seperti mereka berlakon bersama.

Beberapa buah episod ada dikongsikan di bawah dan anda boleh mengikuti episod-episod yang lain di akaun Tiktok miliknya. Sehingga kini, episod bersama Wara tidak pernah menghampakan. Kesemuanya amat menghiburkan hati para penonton.

Jom tonton video di bawah :

@faiz.suhaimi1

sape suruh dia tidurrr. hmmm Cc: @muabellazz KongsiBersama KongsiCerita

♬ Destiny – μ΄μ„±μš±

@faiz.suhaimi1

Dengar kata masalah ni tak berkesudahan. Betul ke?

♬ Destiny – μ΄μ„±μš±

Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video-video yang dikongsikan oleh Faiz. Antara komen-komen yang diberikan :

” Hero untuk wara hanya abg mushroom celupptepung Ni ja.. lebih suka wara dgn dia ni..yg lain tgk rasa lain plk ..x best.. “

” Rambut tu main peranan betul ek.. Aku ni dh mcm ape tunggu ep seterusnya tiap hari hahahha.. Masalahnyaa semua video kena pulakk tuuuu.. “

” Ak tiap hari buka tt sbb duk tunggu konten Ag gn wara adoi…. Ni ka yang org panggil ‘chemistry’ kena ada.. kat sini paling best drama Wara n boyfriend dia.. “

” Tgk wara dan dan teringat kat abg celup tepung.. apa idea lg dia nak buat dgn wara.. So invested in this dramaaa Β Mohon jangan stop ya, biar jadi mcm sinetron tak habis.. “

” Aku tak tahu bila Wara besar nnti tgok vtt ni tersenyum sendiri .. kenapa setiap Kali Rasa sweet sangat nih,pandai betui awak edit ,menjadi sunguh.. “

” Alamak senyum2 saya tengok ni.. Saya dan partner beza 10 tahun. Kot wara jodoh awak.. Aduhhhh terjebak lak dgn drma K-Melayu niii.. “

” Part last yg wara jln tunjuk blkg tu yg x tahan..siap kurung bunga2 lagiii.. comell nmpk Sweet je wara pulk buat muka merajuk dia aihh cmel.. “

Klik gambar untuk info..

Sangat kreatif kan hasil suntingan daripada Faiz ini. Walaupun ada beberapa pempengaruh cuba mengikuti gaya Faiz membuat suntingan video bersama Wara, namun video-video daripada Faiz ini paling melekat di hati ramai penonton.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Gongyooceluptepung

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT