Artis / Selebriti
” Uish nyanyi lagu hindustan, hebat lah.. ” – Netizen

Video Anak Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani Menyanyikan Lagu Hindustan Di Majlis Hari Lahir Ruhainies Raih Perhatian Warganet. Gaya Zaki Nyanyi Sebijik Macam Datuk Jamal Lah !!
Siapa tidak mengenali nama Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah atau nama popularnya, Zaki Yamani ini. Zaki adalah seorang penyanyi dan merupakan anak penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah serta adik kepada penyanyi Osama Yamani.
Meskipun baru berusia 16 tahun dan baru beberapa tahun menceburi bidang nyanyian, Zaki telah mempunyai dua single solo iaitu Percayaku, lagu hasil ciptaannya sendiri dan Slow Mo yang dicipta gabungan komposer Newell, Unji, Fablo dan Cat Farish.
Meninjau di akaun Instagram, Zaki telah berkongsi dua video yang memaparkan Zaki telah hadir ke majlis sambutan hari lahir pelakon Ruhainies. Dalam majlis itu, Zaki telah mendendangkan sebuah lagu hindustan popular buat tetamu yang hadir.
Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan yang gaya Zaki ketika menyanyi saling tidak tumpah seperti Datuk Jamal meskipun dirinya mempunyai aura yang tersendiri.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai Zaki menyanyikan lagu hindustan dan memuji suaranya. Antara komen-komen warganet adalah :
” Uish nyanyi lagu hindustan, hebat lah boleh bawa lagu macam ni. Gaya sebiji macam Datuk Jamal, hehe anak bapa.. “
” Akak suka sangat lg ni zaki nyanyi mmg best. Terus usaha dan moga maju jaya di masa hadapan, kipidap.. “
” Suaranya sebiji c0py suara Jamal. Zaki Yamani nnt nyanyi satu yg untie paling suka iaitu lagu kel0han perantau, please.. “
” Sedpp nye suara Zaki. Zaki ada belakon cita roxy kan dalam tv 3 kan saye suka tgokk Zaki belakon cite tuh.. “
” Fav song, love sangat dengar Zaki nyanyi lagu ni. Hehe happy birthday Ruhainies, special betul Zaki nyanyi untuk birthday girl.. “
” Anak Jamal Abdillah suara pun lebih kurang. Gaya 99.9% bapaknya. Moga terus berjaya Zaki.. “
” Comel lah tengok Zaki buat gaya sambil menyanyi. Suara Zaki pun sedap bawa lagu bollywood ni.. “
Bukan sahaja miliki suara yang sedap didengar, malah Zaki juga memiliki wajah yang kacak. Apa-apa pun, semoga Zaki akan terus maju jaya dalam bidang seni suara dan moga segala urusan Zaki akan sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG zakiyamani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen