Artis / Selebriti
” Orang biasa jual karipap oksigen je, tak tau pula ada orang jual air oksigen.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Dato’ Jamal Abdillah, Zaki Yamani yang kehausan ketika berbuka puasa buat ramai terhibur. Adoi, confident betul Zaki sedut straw tu. Sampai dua kali Zaki cuba. Part last masa sedar tu kelakar, haha..
Meninjau ke akaun Tiktok Boom Malaysia, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat anak Dato’ Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani berbuka puasa telah membuatkan ramai terhibur. Zaki dilihat kelihatan sangat kehausan dan menyedut straw kosong.
Zaki tidak perasan bahawa air yang dibelinya itu hanya meletakkan straw di tepi plastik. Apabila Zaki menyedutnya, hanya menyedut angin sahaja. Paling menghiburkan apabila Zaki cuba menyedut straw itu buat kali kedua kerana tiada air.
Kemudian barulah Zaki sedar bahawa straw itu berada di luar bekas. Nampak sangat Zaki sangat haus kerana seharian berpuasa. Dapat pula menikmati air kegemaran yang sejuk, sememangnya tidak sabar untuk Zaki meminumnya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribun tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Walaupun kelihatan sedikit malu selepas menyedari kesilapannya, reaksi spontan Zaki yang terus tersenyum menjadikan suasana bertambah lucu dan santai.
Jom tonton video di bawah :
@boom.malaysia Siapa pernah kena macam ni? 🤣😭 🎥 Kredit Video: TT notmalini Video di atas bukan hak milik BOOM! dan kami telah meletakkan kredit kepada pemilik video. Sekiranya anda ingin pihak kami menurunkan sebarang video, sila DM kami dengan segera. Terima kasih! boom boomentertainment artismalaysia artist top celebrity star icon idol no1 influencer news viral trending fyp zakiyamani
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Zaki yang kehausan kerana berpuasa. Antara komen-komen yang diberikan :
” Haus sangat dah tu.. Confident je nak sedut tu.. Kau sedut angin kosong ke dik.. Ni punca lapar sangat ni.. biasa wk live mkn nasi mlm2 budak ni…..kelakor..haha.. “
” Weh aku pernah mcm ni. sedut oksigen pulak dia.. saya ni baran kalau saya dahh takk jadi bukaa dah tu.. Anak jamal ni kelaparan sgt dh ni.. “
” Org biasa jual kapipap oksigen je..xtau la pulak 2026 ni ada org jual air oksigen..hahahha, Sampai kempis dah dada tu bang.. “
” Pahammm posa kannnn, Macam mana rasa oxygen derr.. Ahhahahahahg kitonyo pulak yang cakap eh salah salah.. “
” Tau la puasa sampai sedut angin.. Laaa aku baru je terkena tadi tiba2 keluar video ni hahahaha.. nmpakkk sgt tuh pose penuh.. “
” Apa rasa angin ye? Hihihihi.. Yangg ni aku tergelak..! Hahaha.. kau kenapa.. klo yer pun.. tgok laa dulu btul2 . Cukup la tu…da kenyang kan makan angin.. “
” Nmpk sgt haus sbb puasa. nasib baik bukan siput sedut.. Kenyang minum angin.. puasa je ki…jangan khayal.. Terkena sumpahan bapak ka hahahahha.. “
Tidak hairanlah setiap perkongsian melibatkan Zaki sering mendapat perhatian warganet. Gelagat comel dan bersahajanya itu sekali lagi membuktikan bahawa momen ringkas dalam kehidupan seharian pun mampu menghiburkan serta menceriakan ramai, apatah lagi dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Boom Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kemain kaki tu jengket-jengket. Geram betul tengok Akira comel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

