Connect with us

Artis / Selebriti

” Twin Mima ni, comelnya siap senyum lagi.. ” – Netizen

Syatilla Melvin Dan Shaheizy Sam Kongsi Gambar Dan Nama Cahayamata Ketiga Mereka Yang Baru Lahir. Comelnya Baby, Semanis Namanya. Tahniah Tilla Dan Sam. Muka Bapak Lagi Lah, Hehe !!

Pasangan pelakon, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam telah pun selamat menimang cahayamata ketiga mereka 2 hari yang lalu. Berkongsi tarikh lahir yang sama seperti anak sulung mereka iaitu Syeriv Samheizy, Syatilla memilih KPJ Ampang Puteri sebagai hospital bersalin untuk anak ketiganya ini.

Pada perkongsian terdahulu Sam, ada dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Sam dan Syatilla di bilik bed4h. Sam memangku bayinya yang baru sahaja dilahirkan namun wajah bayinya itu ditutup dengan emoji.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Syatilla, telah dikongsikan sekeping gambar yang memperlihatkan wajah penuh anaknya ini. Syatilla turut memaklumkan di ruangan kapsyennya nama bayi tersebut iaitu Salama Samheizy.

Masih mengekalkan pangkal nama double S seperti dua anak yang lain, wajah si kecil ini dikatakan oleh peminat nampak seiras dengan wajah kakaknya, Sarima. Memang sekilas pandang seperti melihat Sarima ketika bayi pula.

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Syatilla Melvin (@samtilla)

Sam turut berkongsikan gambar terbarunya bersama Salama di Instagramnya. Amboi baby, baru lahir sudah pandai tersenyum lah. Comel sangat.

Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat dan ucapan tahniah membanj1ri posting tersebut. Antara komen-komen :

” Twin Mima ni, congrats Tilla. Selamat berpant4ng. Sukanya tengok dia, comel comel, gebu lagi.. “

” Production China, gebu dan putih betul babynya. Ee ger4mnya, welcome aboard Salama.. “

” Comelnya, punya elok kejadian. Cute sangat, muka Mima lah haha. Kembar Mima dengan bapak ni.. “

” Indah ciptaan Allah, tahniah Tilla dan Sam. Comel sangat baby Salama. C0py paste kakak Sarima ni. Maknanya photostat bapak jugak kali ni haha.. “

” Comelnya siap senyum lagi. Bijak sangat ni. She’s sooooo cute. Welcome to the world baby girl.. “

” Sweetnya baby senyum. Senyum tu macam Syeriv, dagu tu macam kakak Sarima ni. Ikut muka bapak.. “

” Masya Allah pandai senyum dah. Tahniah Sam dan Tilla. Dagu kakak Mima lah. Muka pun nampak macam Mima. Anak bapak sungguh.. “

Alhamdulillah, baik ibu mahupun baby kedua-duanya sihat. Semakin meriahlah keluarga Sam dan Tilla dengan kehadiran Salama. Bertambah lagi geng makeup mommy selepas ni. Tahniah daripada kami di Berita Kopak dan selamat berpant4ng Syatilla.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Samtilla, IG Shaheizy Sam

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT