Artis / Selebriti
” Tok Jalal bila dengan Tok Ram mesti ada je yang tak kena, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Geng Projek Bapak-Bapak Belajar Bahasa Korea Buat Warganet Terhibur. Lawak Sebutan Masing-Masing. Ada Je Tokram Panas Dengan Tok Jalal Tu. Kelakar Betul Tok Jalal !!
Projek Bapak-Bapak antara program yang menjadi pilihan keluarga untuk tontonan bersama. Sejak dari musim pertama lagi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali menghiburkan semua penonton setia siri TV ini.
Meninjau akaun Tiktok Sooka Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat 4 sahabat ini sedang belajar bahasa Korea bersama tenaga pengajar mereka. Perkataan pertama yang dipelajari pada hari itu adalah perkataan ‘ Annyeonghaseyo’ yang bermaksud hai, apa khabar atau selamat pagi.
Terhibur melihat cara Dato’ Jalal menyebut perkataan itu. Dato’ Ramli pula dari awal muka seakan tidak puas hati dengan Dato’ Jalal. 2 veteran dalam geng bapak-bapak ini memang selalu menyakat antara sama lain dan telatah mereka menggeletek hati warganet.

Seronok masing-masing belajar, sampai menyanyi-nyanyi sebut perkataan ‘Annyeonghaseyo’. Sempat Dato’ Ramli menjeling melihat Dato’ Jalal menyanyi. Sampai part Jatt, lain sudah bunyi perkataannya. Bak kata Roy, Jatt itu orang Jawa, sebutan pun bunyi jawa lah jadinya.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@sookamalaysia Sportingnyalah otai otai kita ni! ☝🏻😭Korang boleh strim dari s1 sampai latest di sooka! #fyp #ProjekBapakBapak #Lawak #Komedi #Travellog
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Weyh Hilmi tu Melayu masalahnya haha.. kenapa perlu translator.. confused muka melayu dah haha.. ”
” Ni kelas hangul ke kelas belajar muzik haha.. sejak tok jalal masuk program ni en makin lame makin comel doh perangai dia.. ”
” Tok ram macam perlukan kelas tambahan la.. Dah macam variety show Korean dah nengoknya haha.. lawak lah tokram dengan tok jalal tu.. ”
” Kelakar lah tok jalal bila dengan tokram mesti ada je yang tak kena haha.. Apesal mcm tengok running man haha.. ”
” Comel je tok jalal gelak haha.. tok ram panas tengok member sebut perkataan lebih suku kata hahah.. ”
” Sampai suatu saat ni kita akan kembali menjadi seperti budak budak semula hehe.. macam-macam bunyi keluar.. ”
” Weh kelakar gila haha, running man musim bapak-bapak. Annyeonghaseyo lisa lisa.. jadi marhaban pulak dorang ni hahha.. yang jawa tu sakit perut ketawa.. ”
Semakin lama semakin kelakar Dato’ Jalal ini, ada sahaja benda yang tak kena di mata Dato’ Ramli. Bila geng sudah berusia jadi pelajar semula, macam-macam gelagat mereka dapat dilihat. Ini baru sedutan video, jika menonton video penuh nanti pasti akan berdekah ketawa. Projek Bapak-Bapak memang terbaik dan menghiburkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jangan cuba-cuba nak berhenti sekarang. Kalau berhenti, saya report polis, haha.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya hubby Kak Fila ni. Manis je muka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen



