Artis / Selebriti
” Tiga-tiga muka bapak dia, tapi perangai semua ikut mak, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Ketiga-Tiga Anak Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin, Syeriv Samhiezy, Sarima Samhiezy, Salama Samheizy Di Sebuah Majlis Buat Ramai Terhibur. Perangai Salama Paling Kelakar, Kecik-Kecik Dah Pandai Buat Lawak. Ikut Mak Dia Sebijik, Haha !!
Umum mengetahui yang pelakon Shaheizy Sam telah mendirikan rumahtangga bersama Syatilla Melvin. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, Sarima Samhiezy dan Salama Samheizy.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Shaheizy atau lebih mesra dengan panggilan Sam telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak-anaknya ketika mereka berada di sebuah majlis. Pada awal video, anak ketiga Sam, Salama sedang berada di atas riba Syatilla dan mereka membuat pelbagai mimik muka ketika video sedang dirakam.
Selepas itu, kelihatan gelagat Syeriv pula bermain di atas pentas dan beberapa lagi gelagat mereka sepanjang berada di majlis tersebut. Seloroh Sam pada penulisannya mengatakan ketika dia kecil, dia tidak pernah membuat gaya muka seperti anak-anaknya itu.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ada yang berkata semua anak-anak Sam mirip seperti wajahnya. Namun begitu, sikap ketiga-tiga mereka mewarisi sikap sebenar Syatilla yang suka membuat kelakar dengan perangai ‘ masuk air’ nya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan perkongsian video oleh Sam, Antara komen-komen warganet adalah :
” Tiga-tiga muka bapak dia, tapi perangai semua ikut mak, haha.. Salama paling kelakar, agak sopan Sarima.. Hahaa comel betul lah tengok gelagat dorang.. “
” Copy bpk nye perangai mak nye. Ger4m tgk dia.. Anak2 byk baka bapak la yg kecik muka mcm nenek dia sebiji betul kan, hahaha.. “
” Perangai masuk air mak hampa juga lah hampa ambik, hahahaa.. Lawak tengok lah perangai masing-masing.. Takde nak berlakon sopan2 pun, haha.. “
” No need for DNA test, hahahahaha memang cetakan sendirian berhad by Sam Tilla.. Ger4mnyaaaa tengok si kecik tu… Amboiii pandai betul dia.. “
” Besar nanti anak dorang ni cantik and handsome weh sekarang ni pun dah nampak.. Kiut nya baby ger4m tgk rmbt cmtu. Anak saya pun sama ikal mcm tu.. “
” Tkpela semua muka bapak, yg pasti perangai mmg semua cnp Tilla, hahhaaha.. Terpaling geram tengok budak yg kena cucuk epidural tu, haha.. “
” Okay lah tu. Bapak dah amek muka semua perangai bagi lah kt mak.. Tak pyah buat DNA dah wei, hahaha.. Omey2 hahaha. Anak bapak angat ni.. “
Walaupun suka buat perangai kelakar, anak-anak Sam dan Syatilla sememangnya sangat comel. Tunggu apabila masing-masing sudah besar, pasti mereka terhibur menonton kembali video yang dikongsikan oleh ayah mereka ini. Apa-apa pun semoga anak-anak Sam serta Syatilla terus membesar dengan sihat, menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shaheizy_sam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu



