Artis / Selebriti
” Lawa anak dara Che Ta ni. Ingat anak arab mana tadi.. ” – Netizen
Video Rozita Che Wan Membebel Kepada Anaknya, Aaisyah Dhia Rana Buat Warganet Terhibur. Punya Lah Mak Tu Berleter, Boleh Aaisyah Tersengih Macam Tu Je. Comel Sangat Aaisyah Pakai Tudung, Nampak Manis Dan Ayu !!Β
Aaisyah Dhia Rana merupakan satu-satunya anak perempuan tunggal usahawan dan pelakon cantik, Rozita Che Wan dan pasangannya, Zain Saidin. Aaisyah mewarisi wajah mat saleh Zain dan ini membuatkan Aaisyah kelihatan sangat cantik. Anak yang suka berhias dan bersolek, Aaisyah banyak mengikut perangai Che Ta yang suka berhias.
Meninjau akaun Tiktok Rozita Che Wan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aaisyah mengikut Che Ta berniaga di Persada Johor International Convention Centre. Aaisyah yang mengenakan jubah berwarna nude digayakan dengan tudung yang senada warnanya.
Nampak ayu sungguh apabila Aaisyah memakai tudung tetapi sayangnya Aaisyah duduk agak kurang sopan dan Che Ta menegurnya. Kata Che Ta, kalau orang lain duduk terkangkang bukan main lagi Aaisyah mengata tetapi apabila diri sendiri yang buat, tak ingat dunia.
Adui ayat maknya pun pedas, setempek terus Che Ta bagi kepada Aaisyah tetapi Aaisyah hanya tersenyum sahaja mendengar Che Ta membebel. Tersengih seperti itu lagi membuatkan wajah Aaisyah nampak comel. Lawak lah Che Ta ni, terkangkang dan terkoyak dikatanya, hehe.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@rozitachewan1 Kalau org lain yg dok terkangkang terkoyak, lajuuuuuuu ja dia bergosip dgn kita β¦ kena tang dia , kita teguq , kumat kumit mulut diaπ¬ . Ada kah ini perangai2 nurtizen di luaq sanaπ€ͺπ€ͺπ€ͺ yg cepat jaaa bergosip pasai org lain , padahai sama ja semuaπ€£π€£π€£ selamat berbuka posa , jgn ada yg terasa, kita semua sama saja π€£π€ͺ . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #byrcw
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terkangkang terk0yak hahaha, bila mak-mak berletiaq lawak dengar. Segah anak hang Che Ta Aii.. ”
” Gutu la no bila mak2 marah… Kami pun gutu la.. Mujuq tak sebut tepelhang haha.. ”
” Aaisyah anak baik, senyum je. Aaisyah comel la sengih camtu bila mommy membebel. geram lak tengok muka tu.. ”
” Lawa anak dara Che Ta ni. Segak pakai tudung, tak pernah tak comel lah Aaisyah ni.. ingat anak arab mana lah tadi.. ”
” Mak dia pulak chengeyy haha.. Muka Aaisyah tu nak gelak tapi tahan haha.. Mak dia bising, dia diam je. Baik Aaisyah ni.. ”
” Comel asyiah che Ta bagi pakai tudung… semoga Allah jaga Dia saya sokong suka aisyah cantik.. ”
” Adoii laser sungguh mulut mak hang pun Ecah haha.. Senyum je kena berletiaq. COmel macam anak orang Arab bila Aaisyah pakai shawl camtu.. ”
Che Ta punya ayat memang padu, mahu tak tergelak Aaisyah mendengar mommynya sebut terkangkang dan terkoyak. Yang penting, Aaisyah memang cute pakai shawl ala orang Arab gitu. Apa-apa pun, semoga Aaisyah menjadi anak mommy yang paling solehah dan berbudi bahasa.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rozita Che Wan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Una, kalau Una tengok video ni cuba Una angkat telefon, reply whatsapp saya.. ” – Fattah Amin