Connect with us

Artis / Selebriti

” The real princess treatment, bestnya dapat layanan macam ni.. ” – Netizen

Video Anak Hanis Zalikha, Alisa Aisyah Diberi Layanan Istimewa Sempena Ulangtahun Kelahirannya Yang Ke 4 Tahun. Wah Seronoknya Alisa, Ini Memang Idaman Ramai Budak Perempuan. Part Bersolek Tu Sempat Buat Muka, Comel Sangat !!

Semalam genaplah usia anak kedua Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Alisa Aisyah yang ke 4 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu, si comel dan bijak yanf selalu mencur1 perhatian ramai ini kini semakin cantik wajahnya apabila semakin bertambah usia.

Menerusi akaun Instagram Alisa Aisyah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan cara Hanis dan Hairul meraikan Alisa untuk hari lahirnya kali ini. Berbeza dengan tahun sudah, kali ini Alisa dibawa ke sebuah studio iaitu Jeong Family untuk merasakan pengalaman baru.

Pada awal video tersebut, dipaparkan Alisa bersama sebiji kek yang tertulis Happy Birthday. Setibanya di Jeong Family, Alisa disambut oleh staff di situ dan bermula lah keriangan untuk si cilik ini. Diberikan treatment seperti bermasker dan rendaman kaki, Alisa kelihatan begitu seronok sekali.

Alisa memilih baju gaun berwarna pink untuk digayakan. Tidak itu sahaja, Alisa turut disolek wajahnya dan kukunya juga turut diwarnakan. Amb0i ini betul-betul full treatment yang menyeronokkan. Princess mummy dan daddy ini sudah seperti big girl lah.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian ini telah pun meraih lebih 52 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” The real princess treatment, comel lah Alisa. Happy Birthday Princess Alisa, smga membesar dgn sihat, mnjadi ank solehah & bjaya dunia akhirat.. ”

” Cepatnya besar sayang Alisa.. Cantik bijak sangat ni. Happiest birthday sayang.. Semoga besar jadi anak solehah bijak pandai banggakan mommy daddy.We love you.. ”

” Bila alisa besar ni ? Lawanya dia tuu.. macam-macam ekpresi muka ye Alisa, ger4m tengok. membesar dengan sihat anak solehah.. moga yg baik2 utk kamu dan keluarga.. ”

” Dedobot dah besar lah, nampak kakak-kakak sangat Alisa.. Dah 4 tahun dah, princess Alisa yang cantik.. bestnya dapat layanan macam ni.. ”

” Wait she’s 4 already ? Awhhhhh rasa mcm baru je tengok video tadaaa awak sayan. Happiest birthday to you Alisa Aisyah.. ”

” Reaction dia put mask tu comel betul. Ni baru betul laksana puteri.. Happy birthday Alisa… Alisa dah bukan baby, boleh bagi adik la keknis hehe.. ”

” Cepatnya dah big girl. Happy birthday dear Alisa.. Semoga jadi ank yg baik, membesar dgn sihat. Semoga Allah merahmati dan memberkati selalu. Happy birthday, princess.. ”

” Halah halah cutenya Alisa.. Mommy dh tua2 pun tak sempat pampered diri cmtu dik.. happy birthday sayangku smoga jd anak solehah.. ”

Alahai memang seronok lah dapat merasai layanan istimewa bak puteri ni. Kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Alisa Aisyah. Semoga Alisa terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta kebanggaan mommy dan daddy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alisa Aisyah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT