Artis / Selebriti
” Fuh best g1la, kalau macam ni tiap tahun beranak pun on.. ” – Netizen

Fizo Omar Kongsi Video Tempat Berpantang Yang Disediakan Untuk Isterinya, Fazeera Nazri Buat Ramai Kagum. Wah, Macam Hotel 5 Bintang. Selesa Betul Berpantang Macam Ni !!
Umum mengetahui yang isteri Fizo Omar baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan. Ini merupakan anak kedua Fizo bersama Fazeera yang hanya berbeza 10 bulan sahaja daripada anak pertama hasil perkahwinan mereka. Sehingga kini Fizo belum mendedahkan nama cahaya mata baru mereka ini.
Terbaru, Fizo telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan tempat berpantang yang disediakan khas oleh Fizo buat Fazeera. Fizo memilih Melaka Paramount Postpartum Care untuk Fazeera berasa selesa sepanjang menjalani tempoh berpantang.
Hal ini membuatkan ramai netizen kagum melihatnya kerana keadaan bilik yang cukup selesa dan dilengkapi dengan segala kemudahan. Terasa seperti diberi percutian dan duduk di hotel 5 bintang. Kalau macam ini beranak setiap tahun pun tiada masalah kan, hehe.
Fazeera juga ada berkongsi sebuah video di Instagram memaparkan Fazeera bersama babynya. Walaupun hanya nampak wajah baby secara sipi-sipi sahaja, ramai menyatakan wajah baby agak seiras dengan kakaknya iaitu Wan Khaleeda.
Jom tonton video di bawah :
Ramai netizen yang kagum dengan tempat yang disediakan oleh Fizo buat isteri tersayang. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mcm muka kakak ketepop juga tu.. awhh comelnyaa.. tahniahh.. Sehat selalu ya umi dan baby-nya.. Macam di paramount lagi je Tahniah sis faz. “
” Alololo comel mcm ketepop juga tu. slmt berpant4ng.. Nk tgk yg nie muka abe joe versi pmpuan pulak.. next baby kasi boy pulak.. “
” Dah kuwus ke beb, sekejap je kalau i macam pregnant lagi beb bdn .. cara ni ber4nak tiap tahun pun takpe.. Mcm seronok je hospital Tu. Jarang hospital Ada service mcm Tu.. “
” Klo cmni tiap taun beranak pun onz haha.. Bestnya berpant4ng mcm ni.. tahniah abg jo.. hargai isteri.. klu mcm ni faz nk beranak sepuluh pn tkper.. “
” Klu Sy mcmni .. 4 5 Kali beranak pun tk kesah.. Selamat berpantang wife abe joe.tahniah dpt bby baru.. Bestnya tengok fizo dgn wifenya tahun dpn tambah lagi mana tahu dpt hero.. “
” Pantang la betul2 nanti abg Joe datang sekejap sekejap buat anak pulak.. Fuhhhh best g1laaa.. semoga ada rezeki bersalin boleh duduk tempat cenggini.. “
” Suami yang hebat.seharusnya para suami siap siaga begitu… bertambah tambah kasih sayang dan kebahagiaan. sebaik baik suami ialah yang melayani isteri dan zuriat sebaik baiknya.. “
Wah, memang selesa dan seronok jika berpantang begini. Tahniah diucapkan kepada Fizo Omar kerana amat menghargai perg0rbanan si isteri melahirkan zuriat. Tidak mustahil jika Fazeera akan bersetuju untuk menambah lagi cahaya mata pada tahun hadapan pula, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazeera, FB Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Aku 0bses betul, dia speaking sedap dengar. Accent dia, cair weh.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part ni tengok banyak kali pun still berdekah. Berani betul kenakan Ajai, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Contoh seorang wanita yang hebat, ibu yang hebat dan anak-anak yang hebat.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 weeks ago
” Ad0i kelakar jugak Watie ni. Aku ulang-ulang tengok, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Zaman abah, gantung CD dekat leher. Zaman anak, gantung segulung ijazah.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Kita yang baca pun berjurai air mata, ini kan pula Uchee yang menanggung.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” C0py paste Amy Search laa, handsome boy sangat ni.. ” – Netizen