Artis / Selebriti
” Thalita ni dia ada aura macam ibu dia.. ” – Komen Netizen
Shuib Sepahtu kongsi video suasana di mini konsert Thalita yang diadakan di Pak Mat Western. Wah, ramai betul peminat yang datang, lain macam sungguh aura Thalita. Thalita pun nampak cantik sangat, dah pandai layan peminat..
Meninjau ke akaun Instagram Shuib Sepahtu, perkongsian sebuah video ketika mini konsert Thalita di Pak Mat Western telah meraih perhatian ramai. Shuib mengucapkan terima kasih kepada hampir 4000 orang yang hadir di mini konsert tersebut.
Walaupun Thalita masih baru dalam dunia nyanyian, namun Thalita sudah mempunyai ramai peminat. Lihat sahaja lautan manusia yang hadir untuk menonton persembahan Thalita pada malam itu. Thalita juga disambut meriah bak seorang selebriti terkenal.
Thalita kelihatan begitu cantik pada malam tersebut dengan memakai kemeja dan berseluar slack. Gaya pemakaian Thalita ini sangat sesuai dengan usia Thalita yang masih kanak-kanak. Thalita sememangnya memiliki aura seperti arwah ibunya, Siti Sarah Raisuddin.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Peminat juga mengambil peluang untuk berselfie bersama Thalita dan Thalita juga melayan mesra kesemua yang menyapa dirinya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Daddy yg sgt supportive. Fly high Thalita . Walau tgk Live di Tik Tok tp sgt2 best dgr suara Thalita. Teebaik .. buat lah lagu raya deqta mesti best.. “
” Maa Syaa Allah cantik Thalita, Cantiknye talita syg. Pakaian pon lawa tak terdedah ok ketat vibes dia meremang bulu roma kami wpon jauhhhh.. “
” Sekelip mata rezeki dia , orang kenal mendoniaaa sangat hebat acuan arwah Dan daddy nya. Semoga aura thalita terus menyala jaga peribadi jaga budi bahasa, insyaallah sampai ke puncak.. “
” Seorang ayah hebat yg sport anaknya semangat Thalita semakin sukses dan semakin menyala .. Pakaian talita sesuai dgn umur dia.. Pandai mummy wati sesuai kan.. “
” Cantik talita semoga berjaya capai impian untuk jadi penyanyi MCM arwah ibu.. Thalita ni dia ada aura mcm ibu diaa….. Tahniah dekta.. “
” Terbaik Talita. Nanti Duet lah dgn Mummy dan Daddy . Pasti Meletop. Moga Talita Terus Sukses di Bidang Nyanyian .. “
” Mummy iamwatie ..u buat i menangis disebabkan kesungguhan mummy untuk thalita… thankyou.. ibu Pasti bangga.. “
Nampaknya Thalita lebih popular berbanding bapanya, Shuib sekarang ini. Ada sahaja peminat yang ajak bergambar bersama Thalita. Semoga Thalita terus berjaya dalam bidang nyanyian dan menjadi seorang penyanyi professional seperti arwah ibunya. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

