Artis / Selebriti
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
Video Ayash Affan menyebut ‘ibu’ apabila kakaknya, Thalita menunjukkan gambar ibunya di skrin handphone buat ramai tersentuh hati. Walaupun tak sempat tengok ibu, tapi Ayash tetap kenal ibu. Sebaknya..
Kehilangan seorang ibu pada usia yang masih terlalu kecil bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami, apatah lagi untuk dikenang. Namun bagi Ayash Affan, anak bongsu kepada penyanyi, arwah Siti Sarah Raissuddin dan Shuib Sepahtu masih mengenali wajah ibunya walaupun tidak pernah ditatap sejak lahir.
Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram, satu video telah dimuatnaik yang memaparkan Ayash menyebut ‘ ibu ‘ apabila kakaknya, Dzahira Talita Zahra bertanya siapakah wanita dalam gambar yang ditunjuk kepadanya menerusi telefon pintar miliknya.
Ayash yang kini berusia hampir 4 tahun dilihat sangat bijak dan mengenali wajah ibunya walaupun hanya menerusi gambar. Sememangnya sejak kecil lagi Ayash sudah didedahkan siapakah ibunya walaupun hanya menerusi gambar atau pun video.

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai warganet yang tersentuh dengan kasih sayang adik-beradik ini, serta usaha keluarga dalam memastikan Ayash tetap mengenali siapa arwah ibunya, walaupun tidak sempat merasai kasih seorang ibu kandung sejak dari lahir.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang berasa sebak apabila mendengar Ayash menyebut ibu. Antara komen-komen yang diberikan :
” Terus berderai air mata saya tengok video ni .. lenggok nyanyi talita dah mcm ibu.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar ayash.. “
” Ketika umur ayyash semakin meningkat..selama itulah ibunya telah pergi…sebak…setiap Kali tgk ayyash…Moga sihat selalu ye Nak.. “
” ALLAH hadirkan insan yg tepat pengganti arwah ibu mereka..moga terus beri kasih sayang x berbelah bagi buat ank2 ini iamwatie .. “
” Pandai ayash.. Tgk ayash auto sedih sbb dia x sempat tgk ibu dia.. Kami pun rindukan arwah siti Sarah..Rindu gelak tawanya..alfatihah unk siti sarah.. “
” Comelnya ayash bibir arwah ct sarah btul.. siti sarah meninggalkan anak yg sgt comel al fateha utk arwah. Suara talita mcm ibunya.. “
” Muka ayash sebiji abgnya uwais.. mcm arwah ibunya..ct sarah.. sedih..tringat sarah semoga ayah membesar menjadi anak yg soleh Aamiin.. “
” Kenapa aku yg menitiskan air mata Al-Fatihah.. menangis tgk sbb teringat arwah meninggal wktu nak lahirkan ayash.kebetulan saya pun tgh mengandung menanti hari.tolong doakan.. “
Arwah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada Ogos 2021 akibat komplikasi COVID-19 selepas melahirkan Ayash. Dengan bimbingan dan kasih daripada keluarga, Ayash akan terus membesar mengenali ibunya bukan hanya melalui gambar, tetapi juga melalui cerita-cerita indah tentang kasih seorang wanita bernama Siti Sarah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raisuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allahu, positivenya awak Dr. Fie, nangis dengar ucapan Dr. Fie.. ” – Komen Netizen

