Connect with us

Artis / Selebriti

” Tersentuh dengan ayat ni, sama sebijik abang macam ‘Takdir yang tertulis’ .. ” – Netizen

Coretan Norman Hakim Untuk Isterinya, Memey Suhaiza Dan Mantan Isterinya, Abby Abadi Buat Peminat Tersentuh. Ini Baru Betul Takdir Yang Tertulis Versi Realiti !!

Berp1sah bukan bermaksud terput0s segala perhubungan dan inilah yang diamalkan oleh pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi. Masing-masing bahagia dengan kehidupan dan pasangan masing-masing dan kemeriahan keluarga besar mereka ini sering mencur1 perhatian.

Hasil tinjauan kami di Instagram Norman Hakim, telah dikongsikan sekeping gambar Norman bersama Memey Suhaiza, Abby Abadi dan Faizal yang makan di sebuah restoren. Mereka yang selesai menghantar anak-anak ke sekolah meluangkan sedikit masa bersama.

Dalam tulisannya, Norman menulis perlunya percaya kepada Qada dan Qadar Allah dan ini antara rukun Iman yang wajib dipercayai untuk kita redha dengan semua takdir yang telah tertulis. Menghargai insan tersayang dan sentiasa menyel1tkan nama mereka dalam doa, itu antara amalan yang Norman amalkan.

Norman turut mengungkapkan ucapan sayang dan terima kasihnya terhadap Memey kerana menjadi isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak mereka. Norman juga tidak lupa berterima kasih kepada Abby dan juga Faizal. Ungkapan kata yang sangat tulus daripada Norman untuk orang tersayang.

Jom baca perkongsian di bawah :

Kapsyen Norman ini mendapat pelbagai respon daripada peminat. Kagum dan pujian diberikan peminat kepada Norman dan antara komen-komen yang dapat dikongsikan :

” Andai ke eg0an diri boleh di t0lak ke tepi. Ini lah HASIL nye, Sgt menjadi CONTOH buat semua. Dlm kebaikan pasti ada kekilafan tapi di tutup rapi utk di jadikan satu KESEMPURNAAN. Alhamdulillah.. “

” I’m cry, 1 dalam sejuta. Terharu pula sy baca. Apa-apapun sy suke tgk family ni bersama, hebat sungguh bila kita meletakkan niat berkasih sayang kerana Allah.. kluarga contoh.. “

” Bukan mudah tapi berjaya melakukannya, alhamdulillah tumpang gembira . Suka sangat tengok family ni, sakinah mawaddah insha Allah.. “

” Alhamdulillah.. Sama sebijik la abg mcm takdir yg tertulis.. Moga kehidupan kalian semua bahagia selalu hendaknya.. aamiin.. “

” Alhamdulillah moga berkekalan Silaturrahim terjalin. Terima kasih jadi role model pada masyarakat. Keluarga sakinah mawaddah warohmah yg patut kite contoh.. “

” Knp saya rasa sangat tersentuh dengan ayat ni. Nang1s baca papa nye tulisan. moga moga yg baik dtg buat kalian.. aaminn.. “

” Alhamdulillah sed1h pulak baca. Tabik spring dekat semua, abang memang legend. Yang ni baru betul happy end1ng.. “

Besar dan indahnya kasih sayang apabila kerana Allah dan kehadiran semua insan tersayang ini menjadi kekuatan Norman. Semoga ikatan kasih sayang ini berkekalan sehingga ke jannah dan teruskan menjadi sumber inspirasi untuk peminat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norman Hakim, IG Abby Abadi, IG Memey Suhaiza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT