Connect with us

Artis / Selebriti

” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen

Video Ning Baizura mengaji surah An Nur secara live bersama team Geng Ngaji raih pujian ramai. Kali pertama dengar Ning mengaji, sedapnya Ning bertaranum. Terpegun semua..Β 

Bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini banyak program keagamaan yang ditayangkan di kaca TV. Antara program yang mempunyai ramai penontonnya adalah program Geng Mengaji yang di hostkan oleh Ustaz Husaini Mahmur, Fakhrul Radhi dan Ustazah Nor Hidayah Abd Rahman.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ning Baizura Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ning muncul di program tersebut secara online sebagai artis jemputan. Sebagaimana biasa, semua jemputan akan memperdengarkan bacaan surah suci Al-Quran.

Ning diberikan tugasan untuk mengalunkan surah An Nur ayat 3 dan 4. Tidak hanya hebat di pentas nyanyian, Ning juga sangat hebat dalam mengaji. Bacaan Ning dan lenggok suaranya itu meraih pujian daripada semua penonton dan ramai yang teruja mendengar suara Ning.

Ujar Ning di ruangan kapsyennya, dia pada awalnya kurang yakin sama ada dirinya layak atau tidak untuk bertaranum. Ini merupakan kali pertama Ning mengaji secara live dan ianya pengalaman yang indah untuk Ning. Banyak yang Ning belajar dan memohon kemaafan kepada semua andainya ada salah dan silap dalam taranumnya itu.

Jom tonton video di bawah :

@ningbaizuraofficial

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sahur salam subuh, kepada semua kawan2 diluar sana, masya-Allah Tabarakallah semoga Ramadan ini membawa baraqah kepada anda , memberi kita ke Insafan memberi kita keimanan .. insya-Allah amin .. syukur alhamdulillah semalam saya diberi pengajaran-diberi tunjuk ajar diberi ilmu diberi peluang untuk mengaji bersama geng Ngaji.. seasonkeenam di Astro Oasis. pada mulanya saya memang kurang yakin dengan diri saya sama ada saya layak atau tidak untuk Bertarannum. 😊🀲🏽 terima kasih kepada pihak Astro Oasis , ustaz ustaz dan ustazah.. syukur alhamdulillah ..terima kasih kepada pihak Astro production memberikan saya peluang buat pertama kalinya mengaji secara live .. syukur alhamdulillah anda memberi peluang buat sy .. 🀲🏽🀲🏽🀲🏽🀲🏽 Di sini saya nak meminta maaf sekiranya ada salah & silap semasa saya bertarannum semalam Allahuakbar. Cabaran yang diberikan saya sahut ! membacara Surah An Nur Ayat 3 & 4. .. saya cuba ..🀲🏽 syukur alhamdulillah… Apa-apa saja kesilapan yang berlaku secara live adalah spontan dan sesungguhnya saya berharap saya tidak menyinggung mana-mana pihak-semasa rakaman live semalam. Dengan ini saya ingin menyeru kepada semua untuk melihat video ini dengan hati yang terbuka dan doakan yang baik-baik , dan insya-Allah Allah akan buka hati kita untuk mendalami pembacaaan dan pemahaman Al-Quran.. insya-Allah amin , terutama sekali di bulan yang mulia ini. Kan kawan kawan..!! Jom kita sama-sama belajar. kerana bulan Ramadan ini banyak mengajar saya untuk mendekatkan diri kepada Allah Taa’la.. masya-Allah syukur alhamdulillah.. saya berhijab sebulan kerana Allah , kerana niat , kerana kesyukuran dari Allah ,kerana memberi rezeki kepada saya hinggalah ke hari ini , semoga Allah Taala menjaga kesihatan keluarga kami dan kesihatan keluarga anda juga.. amin-amin ya Rabbal alamin.. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh … pls watch till the end .. 🀭🀭🀭🀭❀️❀️❀️ #ning ningg#n#ningi#ningbaizurai#mengajia#gengngajia#siscubau#alhamdulillahefyplahikit.. taranum dr sy dengan seikhlas hati dan budi.. saya doakan yang terbaik untuk anda semua.. semoga Allah rahmati bulan Ramadan ini semoga Allah memberikan anda pedoman kekuatan keimanan & ketakwaan .. Sejujurnya saya budak baru belajar.. kalau salah tolong tunjukkan.. insya-Allah amin.. I love you guys forever Insyaallah Aminn.. terima kasih Allah 🀲🏽🀲🏽🀲🏽🀲🏽🀲🏽

♬ original sound – NINGBAIZURAOFFICIAL – NINGBAIZURAOFFICIAL

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian dan pujian diberikan oleh warganet terhadap bacaan Ning itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Mesti lah Ning baizura pandai mengalunkan ayat suci Al Quran, ayah dia ustaz.. SubhannAllah … Pandai Menyanyi .. Pandai Mengaji .. Kurniaan Allah swt.. “

” Ingatkan Sharifah Khasif tadi. Telefon pun melting sampai terjatuh sebab cair dengan Kak Ning punya suara.. sedap sangat dia ngaji kalau macam ni.. “

” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji.. sedap sngt tu kak telephone pun dh begegar tulang rusuk.. “

” Sedapppnya suara ning mengaji. bacaan tu best dengar.. Teringat gaya mak mak mengaji. Alhamdulillah.. “

” Sedap alunannya.. Ning Baizura pun berani mengaji on live TV. Kita yg sebelum ni mengata dia pun tak tentu lagi boleh buat.. “

” Allahu… what a beautiful reading.. subhanAllah.. Merdu Dan hebat Ning mengaji Al Quran Al Karim.. “

” Kak ning best gila ngaji.. smpai jatuhΒ² handfon.. indah ning dalam bacaannya.. moga Allah memberi hidayah pada saya.. “

Indah sungguh bacaan Ning dan ianya halwa telinga yang terbaik daripada Ning. Bukan hanya orang yang terpegun, handphone Ning pun sampai jatuh. Semoga Ning terus istiqamah dan berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ning Baizura, Tiktok carrotsusu107

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak