Artis / Selebriti
” Ustaz Ilham punya berkias comel sangat. Cara yang gentleman nak approach tanya.. ” – Komen Netizen
Farhatul Fairuzah kongsi perbualan WhatsApp bersama suaminya, Ustaz Ilham ketika fasa perkenalan raih perhatian ramai. Alahai sweetnya pertanyaan Ustaz Ilham tu, betul-betul berkias. Rupa-rupanya diri dia sendiri, hehe..
Jodoh itu rahsia Allah dan tiada siapa pun yang tahu siapa jodoh kita sehinggalah kita bertemu dengan si dia. Begitu lah juga yang dialami oleh Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul Fairuzah.
Farhatul menerima pinangan daripada seorang Mutawif, Ustaz Ilham Amri yang pernah bergandingan dengannya ketika mengikuti pakej umrah tahun lalu. Pasangan ini akhirnya sah menjadi pasangan suami isteri pada minggu lalu dengan sekali lafaz.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Farhatul Fairuzah, telah dikongsikan satu paparan WhatsApp antara Farhatul dan Ustaz Ilham ketika mereka masih lagi dalam fasa berkawan. Menerusi perbualan itu, Ustaz Ilham memberikan satu pertanyaan kepada Farhatul mengenai jodoh Farhatul.

Comel sahaja ayat kiasan yang Ustaz Ilham ajukan kepada Farhatul itu. Kata Farhatul, di sebalik kata akhirnya menjadi kenyataan. Indah aturan Allah untuk tautan kasih Farha dan Ustaz Ilham. Kita hanya merancang tetapi segalanya Allah yang tentukan.
Jom baca perkongsian di bawah :


Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 63 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” ‘ Ada sorang tu’ dia la tu haha.. Macam la kita tak boleh teka kannn hehe?? Tuan badan yang terima msj lagi la dapat teka.. “
” Daripada “katakan lah” kepada ” terus jadi kenyataan”.. Dia cakap dekat diri sendiri tu hehe.. sweet la ustaz Ilham ni.. “
” Cara yang gentleman nak approach tanya. Tahniah Ustazah Farha, Ustaz Ilham memang pasangan kiriman Allah untuk Farha.. “
” Ustaz punya berkias, cun cun la eh.. Semoga ada seseorang tunggu saya habis degree jugak nanti.. “
” “Ada sorang tu” hehe.. ayat mmg nak Tanya kan, tapi x mau nmpk kita.. sama la kalau tengah marah org ni org tu.. “
” Hahah ‘ ada orang tu’, comel lah.. pandai ustaz ilham, pertanyaan tapi macam nak approach.. tapi ada adab dan tertibnya.. “
” Hadza min fadli rabbi, ee comeynyaa.. Alamak apaaaaa ni. Allahu comelll sangat ni. Cinta sampai syurga ya adik sayang. Semoga farha dapat jadi isteri terbaik yaa.. “
Ini orang katakan andai sudah tertulis jodoh mereka ada, yang mustahil pun boleh terjadi dan semuanya dengan izin dan kuasa Yang Esa. Allah sebaik-baik pengatur untuk Farhatul dan akhirnya Farha bertemu jodoh dengan insan yang rela menunggu Farhatul. Alhamdulillah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Farhatul Fairuzah, IG Farhatul Fairuzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen

