Artis / Selebriti
” Sebut nama direct, part garu belakang tu paling lawak, haha.. ” – Komen Netizen
Video POV Bila Imam Ada Masalah Personal Dengan Makmum oleh Fakhrul dan Bazli UNIC buat ramai terhibur. Terkebil-kebil mata makmum bila Pak Imam baca doa terlalu personal. Tak tahu nak aminkan ke tak doa Pak Imam tu, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik unicofficials, telah dikongsikan video yang memaparkan lakonan ahli kumpulan nasyid UNIC iaitu Fakhrul dan Bazli. Menerusi video itu, Fakhrul melakonkan watak sebagai Imam, manakala Bazli pun merupakan makmumnya.
Video itu menceritakan situasi apabila imam tersebut mempunyai masalah peribadi dengan makmum. Apa yang mencuit hati adalah bacaan doa yang dibaca oleh Fakhrul. Boleh dikatakan doa yang dibacakan oleh Fakhrul ada kena mengena dengan Bazli.
Perkongsian video itu telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan sangat terhibur mendengar bacaan doa oleh Fakhrul. Bahkan bukan itu sahaja, reaksi Bazli ketika mendengar Fakhrul menyebut namanya dalam doa juga begitu mencuit hati.

Sehingga kini, video lakonan Fakhrul dan Bazli telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ribuan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Walaupun hanya sekadar lakonan, namun ada mesej yang ingin disampaikan dalam video ini.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahakan rasa terhibur mereka dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen warganet adalah :
” Sebut nama direct, part garu belakang tu paling lawak, haha.. Penat gelak ulang-ulang tengok.. Makin lawak betul lah dua orang ni.. “
” Nasib makmum tak cepuk belakang siap sebut nama lagi tu.. Last2 muka makmum tu tak tahu nak geram ke terkejut ke, hahaha.. “
” Nasib tak sebut jauhkanlah kami kawan yang suka masak tapi baling2 periuk memekak ya Allah.. Hahhahahaha menjadi betul kan lakonan korang.. “
” Karang dia pulak jadi imam dia balas pulak doa² tu. hahhahaha.. Siap garu belakang pn kena petik dlm doa.. Ni dah siap pakej lepas geram ni.. “
” Terkebil2 kwn sblh tu… Tak tau nk aminkan ke tak.. Sebab mesti terasa punya, hahahaha kena dekat diri sendiri.. Kurang asam punya kawan.. “
” Hahahaha nama tu taknak cover eh.. Mmg dendam betul tu.. Macam ni dikira tak mengumpat maka hukum halalan tayyiba, haha.. “
” Last2 sebut nama terus, senang cerita.. Hahahahaha pasrah makmum kena kata depan2.. Dah tahu nak aminkan ke tak, hahhaha lawak2.. “
Patut tak kering gusi warganet ketawa, memang menjadi lakonan Fakhrul dan Bazli. Part kena garu belakang badan yang paling kelakar. Terkebil-kebil mata makmum, terkedu apabila mendengar bacaan doa daripada Imam mengata dirinya depan-depan. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar lakonan sahaja.

Silakan SHARE..
Sumber : IG unicofficials
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti9 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

