Connect with us

Artis / Selebriti

” Terbahak kita ketawa dengar Ernie ajuk suara Lala, haha.. ” – Komen Netizen

Video Ernie Zakri Bercerita Mengenai Perangai Anaknya, Nur Khawla Soleha Buat Warganet Terhibur. Alamak Makin Banyak Drama Lah Khawla Sekarang. Part Ernie Ajuk Cara Lala Bercakap Tu Comel Betul, Hehe !!

Anak sulung kepada pasangan Ernie Zakri dan Syamel iaitu Nur Khawla Soleha antara si kecil yang sering mendapat perhatian warganet. Khawla yang mesra dengan panggilan manjanya Lala merupakan seorang anak yang banyak cakap dan pandai bergaul dengan orang-orang di sekelilingnya. Khawla juga pandai meniru cara dan gaya ibunya.

Meninjau akaun Tiktok Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Ernie Zakri bersama Elly Mazlein di konti Radio Era. Elly bertanyakan soalan mengenai Khawla kepada Ernie yang katanya sudah pandai merajuk. Wajah Ernie teruja menceritakan perihal anak kesayangannya itu.

Tambah Ernie lagi, memang benar Khawla sekarang pandai merajuk lebih-lebih lagi jika Khawla melihat Ernie memeluk Syamel. Khawla mengatakan daddy hanya Khawla yang punya dan tidak boleh memeluk mana-mana bayi perempuan lain termasuk ibu.

Jika Ernie menegur mengatakan daddy itu suaminya dan mereka perlu sama-sama berkongsi kasih sayang, terus Khawla mula membuat drama merajuknya. Comel sungguh Khawla ini, tidak boleh share daddy kerana daddy hanya Khawla yang punya. Sayang betul Khawla pada daddynya itu.

Jom tonton video di bawah :

@era.je

Ernie Zakri kata sekarang Khawla kuat jeles sampai tak bagi ibu dia peluk daddy ? 👀 Comelnyaa la Khawla 🤣#ERARadioNo1PalingLegit #CartaERA40 #fyp #masingmasing #erniezakri

♬ original sound – ERA – ERA

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Haha lawaklah Ernie buat suara Khawla.. Patut lah suara Lala gitu.. memang ernie travel size sangat Lala ni.. ”

” Drama dan Lala berpisah tiada haha. Lala memang copy paste Ernie.. masalahnya eibu khawla tu extra comel, macam mana haha.. ”

” Lala memang Ernie Zakri travel size hehe. Ernie adalah biggest fans Khawla .. Khawla copy mak dia sangat.. ”

” Lala macam abu, abu macam lala hehe. Mengaku jelah Ernie, sebijik Ernie. Comel sangat.. ”

” Tu suara Lala ke suara Ernie haha. Terbahak kita ketawa dengar Ernie ajuk suara Lala.. mengajuk anak sendiri pun comel lah Ernie ni.. ”

” Comel sangat lah eibu Lala ni… gaya ernie tiru suara lala tu sama betul. Haha pening bangmel ada 2 ernie dalam rumah.. ”

” Manalah si Lala tak comel, tengok ibunya tu. Mengajuk lala cakap.. tp memang lala banyak ikut ernie pun.. perangai pun sama hehe.. ”

Part Ernie mengajuk gaya Lala bercakap mencuit hati warganet, nampak begitu sama. Kata Syamel sebelum inj, Lala itu adalah cerminan Ernie. Komen warganet pula, Lala umpama Ernie versi ‘travel size’. Apa-apa pun, Khawla merupakan seorang anak yang bijak dan sering menghiburkan hati Ernie dan Syamel. Semoga Khawla menjadi anak solehah sebagaimana namanya yang indah itu.

Silakan SHARE..

Sumber :  Tiktok Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT