Artis / Selebriti
” Tak tahu macam mana nak feel, asyik nak tergelak je. Kepom salah lirik dengan confident.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein Dan Ernie Zakri Berduet Menyanyikan Lagu Masing-Masing Buat Ramai Terhibur. Part Kak Lina Selamba Masa Salah Lirik Tu Lawak. Sampai Ernie Pun Tak Mampu Nak Cover Salah Kak Lina Tu, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram Era.Je, perkongsian sebuah video nyanyian duet antara Elly Mazlein dan Ernie Zakri telah meraih perhatian ramai. Mereka menyanyikan lagu berjudul Masing-Masing yang merupakan lagu yang dipopularkan oleh Ernie.
Gabungan kedua suara selebriti ini cukup merdu dan menusuk ke hati. Namun di pertengahan lagu Elly telah tersilap lirik, namun telah dibetulkan oleh Ernie. Rupa-rupanya bukan sedikit kesilapan lirik Elly, selepas itu tetap berlaku kesilapan oleh Elly.
Walaupun Elly menyanyi tidak mengikut lirik asal tetapi Elly tetap menunjukkan rasa keyakinan yang tinggi. Dengan selambanya Elly menyambung nyanyiannya. Hal ini membuatkan Ernie mula berasa terhibur dan ingin tertawa.
Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik 3 jam yang lepas. Lagu ini merupakan sebuah lagu yang menyentuh jiwa dan perasaan telah bertukar kepada lagu yang membuatkan ramai orang ingin tertawa.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat kedua-dua selebriti ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Kak kepom salah lirik xpe.. Sy masih repeat tgk lagi sbb sy luv kak kepom nyanyi.. Both of u make me smile.. Kepom fefiling diva eik nyanyi… masing2.. memang no.syatu.. “
” Baru nk idola.. dh salah lirik..apenii kak kepomm.. Sedapnyaaaa… dua2 ttp merdu.. dua2 ni xle jumpa hahahaa apa pun dua2 nomor syatuhhh.. “
” Main main but still shedap la ekkk……. Memang nombooooo syatuuuu hahahahaha.. nak sedih ke nk gelak hek ??? gemersik weyy suara kepoommmm,melting aku.. “
” Perangai masing-masing HAHAHAHA aq taktau nak sedih ke gelak.. Lagu ni sedih, tapi bila tengok diorang tak jadi sedih.. “
” Dua2 masuk air sakit perut gelak dan kroon lupa lirik adoiii erniezakri iamellymazlein suara tetap lemak merdu love sgt.. “
” Tak thu mcm mne nk feel asyik nk tergelak je kepom slh lirik dgn kondinfen.. Ntah npe dorg nyanyi sambil melawak tp blh buat sy ngis.. “
” Letihhhh lah cam ni . sat rasa nk nangess , sat rasa nk gelak , sat rasa nk hamunn part lupa lirik tu kak kepom oiii … gerammmm aiihhhh .. “
Apa-apa pun gabungan suara Elly dan Ernie ini cukup merdu walaupun dalam versi tersalah lirik. Agaknya selepas ini siapa pula artis pilihan Era untuk berduet dengan Elly. Sehingga kini Elly membuktikan mampu membawa apa jua genre lagu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein