Artis / Selebriti
” Tengok Rina posing, terus teringat scene dalam Rooftop Prince, hehe.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Maryam You Narae, Rina menggayakan pakaian tradisi Korea, Hanbok curi perhatian warganet. Alahai comelnya Rina, dah macam puteri raja cilik zaman dulu-dulu dalam drama Korea..
Meninjau di akaun Instagram milik duriankimchijunior, telah dikongsikan video terbaru yang memaparkan gelagat anak pempengaruh terkenal, Maryam You Narae iaitu Nik You Rina atau Rina. Menerusi video itu, kelihatan Rina begitu comel mengenakan pakaian tradisional Korea, Hanbok.
D ruangan kapsyen, tertulis mengatakan Rina adalah seorang Puteri Korea. Cantik mengenakan Hanbok berwarna pink, Rina juga turut membuat beberapa gaya comel ketika video ini dirakam. Perkongsian video Rina memakai Hanbok telah menarik perhatian warganet.
Ada yang mengatakan melihat gaya Rina itu mengingatkan satu scene sebuah drama Korea bertajuk Rooftop Prince. Ada juga berseloroh mengatakan Rina merupakan seorang ‘ Puteri Korea ‘ yang sangat rare kerana Rina boleh bercakap loghat negeri Kelatan.

Sehingga kini, video terbaru Rina ini telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Rina, comel sungguh Rina bergaya dengan baju Hanbok ni. Sudah macam tengok K-Drama.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji kecomelan Rina. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Comelnya tengok Puteri Korea pandai kecek Kelate ni bergaya, hehe.. Org kelate cakap comel dooh lah Rina ni, geram tengok.. “
” MasyaAllah so sweet so cute pretty princess Korean Rina. Puteri Korea + Puteri Cik Siti Wan Kembang.. Love you Rinaaaa… “
” Memang betul2 Korea lah kau Rina, hehe.. Super cute Rina pakai handbok. Korean vibes betul lah.. Semoga Rina jadi anak yang solehah.. “
” Alaaaa comelnyaaa diaaaaa… Pakai hanbok.. Geram laa tgok Rina.. Puteri Korea ni rare sebab reti kecek klate kan, hehehe.. “
” Apa tajuk cerita ni.. Acik tengok Rina posing, terus teringat scene Dalam rooftop prince.. MasyaAllah, so cute lah awak Rina.. “
” Alolololo saranghae Rina.. Tunggu putera raja dtg naik tandu ke tu.. Boleh tolong saya gigit gigit kan Rina.. Geram lah tengok Rina.. “
” Masya-Allah Princess Rina.. Cantiknya semoga menjadi anak yg solehah n baik pada mak ayah n adiknya.. “
Sekadar info, Maryam sekeluarga sekarang berada di Korea dan sedang menikmati percutian di kampung halamannya. Maryam dan suaminya Ryzal juga sering berkongsi gambar-gambar dan video-video mereka sekeluarga di sana di akaun media sosial milik mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG duriankimchijunior
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

