Artis / Selebriti
” Suka tengok Rina, semangat betul dia buat roti dengan Omma.. ” – Komen Netizen
Video Maryam Your Narae bersama anaknya, Rina membuat roti raih perhatian ramai. Comel lah part Rina puji ‘ Omma bijak, Omma bijak ‘. Teruja betul Rina, hehe..
Bagi yang gemar mengikuti pempengaruh media sosial, pasti cukup mengenali Maryam You Narae yang sering berkongsi momen manis bersama keluarga tercinta. Lebih-lebih lagi, telatah anak sulungnya, Rina yang sering mencuit hati dan menarik perhatian ramai setiap kali muncul dalam perkongsian video.
Terbaharu, menerusi akaun Instagram miliknya, Maryam sekali lagi mencuri tumpuan apabila memuatnaik video memaparkan dirinya bersama Rina melakukan aktiviti memasak. Kali ini, mereka berdua dilihat seronok membuat roti menggunakan resipi istimewa ciptaan Maryam sendiri.
Menerusi video tersebut, gelagat Rina yang comel ketika membantu ibunya jelas menceriakan suasana. Walaupun masih kecil, Rina kelihatan begitu teruja dan bersungguh-sungguh mencuba setiap langkah dan membuatkan ramai yang tersenyum melihat keletahnya.

Selain itu, Maryam juga dilihat sabar melayan dan membimbing Rina sepanjang proses membuat roti tersebut. Momen penuh kasih sayang ini bukan sahaja menghiburkan, malah turut menyentuh hati para penonton yang melihat hubungan erat antara ibu dan anak itu.
Tonton video-video di bawah ini :
D ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Suka tengok Rina, semangat betul dia buat roti dengan omma.. Momen macam ni lah yang akan anak2 seronok dan ingat nanti.. “
” Rinaaaa….awak pun bijak. MashaAllah you’re so cute darling.. Tq Maryam share resepi.. Boleh lah cuba buat nanti.. “
” Wehh nampak sedap sangat lah.. Makan panas2 ni memang surrr lah.. Fuhh.. Macam senang je nak buat, hehe.. Boleh try.. “
” Bake roti dgn anak2 plg best.. Mkn panas2.. Apa roti pun.. Depa dh duk nunggu klr oven.. Dulu anak2 kecik.. Pza buat sdri.. “
” Omma bijak… Omma BIJAKKKK ye.. Hahahaha.. Kalau anak dah puji.. Rasa melayang terbang tak Maryam, haha.. “
” Kalau ada searching for host review makanan kanak kanak…boleh consider rina as one of the candidate. Sesuai gila dengan reaction dia.. “
” Mesti maryam lagi semangat nak masak macam macam lepas ni. Rina makan sungguh2 betul tu.. Kita tengok pun terliur.. “
Bukan itu sahaja, warganet juga memuji cara Maryam mendidik anaknya dengan penuh kelembutan sambil meluangkan masa berkualiti bersama. Apa-apa pun, video ini sekali lagi membuktikan bahawa momen sederhana bersama anak mampu mencipta kenangan indah, selain memberi inspirasi kepada ramai untuk lebih menghargai masa bersama insan tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG maryamyunrrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi

