Artis / Selebriti
” Tengah feeling baik punya, tetiba lain pula hujung-hujung tu.. ” – Komen Netizen
Video Zulin Aziz Cover Lagu Datuk Rossa, Pudar Buat Warganet Terhibur. Alahai Awal-Awal Tu Dah Layan Dah Suara Merdu Zulin. Tapi Tak Sangka Pula Yang Last Jadi Macam Tu. Buat Hal Lah Zulin Ni, Haha !!
Nama selebriti Zulin Aziz cukup dikenali ramai. Zulin bukan saja boleh mengacara, berlakon dan melawak, tetapi Zulin juga berbakat besar dalam bidang nyanyian. Dalam erti kata lain, Zulin adalah artis serba boleh yang berada di kelas yang tersendiri.
Sebelum ini, Zulin pernah menghasil empat single iaitu Terbiar pada tahun 2017, Keliru (2018), Dan Ketika Itu (2018) dan Jadikan Aku Yang Halal (2019). Terbaru Zulin telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang menyanyi di akaun Instagram miliknya.
Menerusi video itu, Zulin menyanyikan lagu bertajuk Pudar, nyanyian asal oleh penyanyi terkenal daripada negara seberang iaitu Datuk Seri Rossa. Nyanyian Zulin tersebut turut diiringi oleh bunyi gitar yang dimainkan oleh seorang jejaka.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang pada awalnya mengakui suara Zulin membawa lagu Pudar begitu merdu. Namun begitu, siapa sangka pada akhir nyanyian, Zulin sempat mengubahkan lagu tersebut ke nyanyian bahasa Tamil versinya sendiri.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada para peminat Zulin meluahkan rasa terhibur mereka setelah mendengar nyanyian Zulin tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tengah feeling baik punya, tetiba lain pula hujung-hujung tu.. Part last tu harap tak lari maksud, haha kelakar lah Zulin.. “
” Lahh.. Awai tuu feel dh.. Pastu yaaa tuhan.. Zulin.. Btw ulang2 dengar . Sedapnya suara Zulin, tak jemu dengar.. “
” Besttt,sedap..Terbaikkk sgt suara Zulin tu feel lekat dekat hati tau.. Huhuhu.. Love with this version tau.. “
“Eh eh mcm lain jek bunyi nye.. Vanekem pah cerohhh.. I selalu support u . U the best, love you so much.. Good luck Zulin.. “
Alahai Zulin sempat lagi Zulih menukar lirik lagu Pudar, terkejut semua yang mendengar. Untuk sekadar info, Zulin pernah menyertai rancangan Muzikal Lawak Superstar 4 menerusi kumpulan Zuara yang turut disertai oleh Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan.

Selain berbakat dalam bidang nyanyian, Zulin atau pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz ini turut berbakat melukis dan pandai memasak. Antara lukisan Zulin yang pernah mendapat pujian ramai adalah lukisan potret penyanyi terkenal tanah air seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Erra Fazira.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zulinaziz, Portal mymetro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

