Artis / Selebriti
” Tang selak rambut nak tunjuk kening tu sakit perut aku lah, haha.. ” – Komen Netizen
Video Parodi Filem Maria Mariana Oleh Elly Mazlein, Eric Fuzi Floor88 Dan Airiena Yahya Buat Ramai Terhibur. Amboi Menjadi Ye Kak Lina Dengan Watak Maria, Habis Sebijik Ditirunya. Tang Angkat Kening Tu Paling Win. Berdekah Dibuatnya, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram Elly Mazlein, perkongsian sebuah video parodi oleh Elly Mazlein, Eric Fuzi Floor88 Dan Airiena Yahya dengan melakonkan babak dalam filem Maria Mariana telah membuatkan ramai berasa terhibur. Wah, ini Maria Mariana versi komedi.
Elly memegang watak sebagai Maria, manakala Eric pula sebagai bapa dan Airiena sebagai ibu. Apa yang membuatkan ramai turut tertawa apabila melihat peralatan yang digunakan dalam babak ini yang di luar daripada pemikiran. Lihat sahaja Elly menggalas pisang sebagai beg sekolah.
Bagi yang belum mengenali Airiena yang merupakan seorang MUA, Airiena dilihat seorang yang pandai berlakon. Airiena sebelum ini pernah tular kerana wajahnya yang seiras dengan pelakon arwah Adibah Noor. Nampak sesuai dengan watak yang diberikan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 9 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Watak Elly yang merupakan lakonan asal Ziana Zain sangat menjadi kerana Elly meniru gaya asal Maria dalam filem tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang berasa terhibur menonton parodi ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Tapi kak Lina memang cantik…dia berlakon gerak khas kan..wah Comell jerr.. bulu kening halus body lawa ..perghh.. ”
” Baik-baiklah pusing kepala tu, takut tercabut rambut pelesu sakit perut gelak kepommm oiiii.. Minta kena tampar mariana mageret nie.. “
” Adehhhhhhh,. Hehe tercampak kena sepak ekk,. iamellymazlein. Beg tangan pisang paling win weyhh.. Kenapa mesti galas pisang pergi sekolah.. “
” Kakak margaret mmg letoppss laa. Kjp cikgu aini, kjp maria, kjp soraya, kjp kepom, kjp kak lina. Mmg level international. Nahhb api.. “
” Aku xboleh dgn kak lina kepom ni.. super mario pon boleh.. Kat mana ada jual beg sekolah tu kak kepom.. apa ni. Hahahhaa weh tang selak rambut nak tnjuk kening tu ..sakit perut aku laaa.. “
” Hahahah kakak margaret. Gue tgk cite ni 4 kali tau kat pawagam. Samaaa. Saling tak tumpah dgn Mariana.. auto terbang Kene penampar angin .. “
” Pening2 la iamellymazlein adoiii… Semlm tunggu kt parking lot sg wang smpi pisang berbuah 2kali kak kepom xkeluar2.. “
Tak pernah tidak kelakar kalau melihat pada Elly Mazlein. Selain boleh menyanyi dengan baik, berlakon dan berlawak juga tetap menjadi dengan jayanya. Rasa tidak puas menonton hanya sebabak sahaja parodi ini. Kalau ada lagi, mesti tak kering gusi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen

