Connect with us

Viral

” Tak sangka ustaz simpan video Amir dari kecil, ustaz dah tahu Amir ada masa depan.. ” – Netizen

Video Throwback Adik Amir Melaungkan Azan Ketika Berusia 7 Tahun Buat Ramai Tersentuh. Wah Semangat Betul Amir Laungkan Azan. Terima Kasih Ustaz Yang Cungkil Bakat Adik Amir !!

Pelajar Sekolah Kebangsaan RPS Pos Kemar di Gerik, Perak iaitu adik Amir telah menjadi perhatian rakyat Malaysia. Suara lunaknya ketika menyanyi di sebuah rancangan nyanyian kanak-kanak membuatkan para juri sebak sehingga tular di media sosial.

Menerusi video TikTok yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok abumulhim telah dikongsi video throwback adik Amir sedang mengalunkan azan di dalam kelasnya ketika berusia 7 tahun. Rupanya bakat anak bongsu daripada lima beradik ini dikesan sejak kecil lagi.

Bagaikan bergetar mendengar lontaran merdu suara adik Amir, mendayu-dayu suara adik Amir. Kalau dilihat, adik Amir begitu bersemangat apabila diminta oleh gurunya untuk azan. Sekali lagi perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ada yang mengatakan bahawa bakat adik Amir perlu digilap bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi dilihat sangat berpotensi untuk menyertai tilawah Al-Quran suatu hari nanti serta bergelar seorang qori terbaik. Hingga kini, video adik Amir ketika usia 7 telah ditonton lebih 200 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video di bawah lambat keluar ) :

@abumulhim91

Replying to @maq anif #amirsisi #originvoice #skrpskemar #fypシ゚viral

♬ original sound – abumulhim – abumulhim

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh ketika mendengar alunan Azan daripada Amir dan menyifatkan kanak-kanak itu sebagai seorang yang berbakat besar. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tak sangka ustaz simpan video Amir dari kecil, ustaz dah tahu Amir ada masa depan.. Guru hebat melahirkan generasi yg hebat..

” Bagus ustaz aura positif sentiasa sebut pandai.. Murid pun selesa dan happy je nak belajar.. Alhamdulillah semua itu adalah doa.. “

” Terbaik Adik Amir. Di sini bermula pengesanan bakat Adik Amir seusia 7 thn – memakan masa 4 thn utk alunan azan yg sempurna. Subhanallah Tabarakallah

” Terima kasih ustaz, teruslah menjadi pembimbing untuk adik Amir supaya menjadi insan yg berjaya, berilmu dan beradab dunia akhirat.. “

” MaaShaaAllah.. Sedari umur 7 tahun suara dah sedap.. Semoga adik Amir menjadi anak yang soleh berjaya didunia dan akhirat.. Aamiin.. “

” Bakat adik Amir ini perlu sentiasa digilap, bukan sahaja dalam nyanyian, dia sangat berpotensi untuk bergelar seorang qori dan masuk pertandingan tilawah alquran.. “

” Cutenya Amir masa kecil, senyum je bila ustaz puji dia pantai azan.. Sampai sini cari nak dengar suara Amir…Tahniah ustaz..berjaya melahirkan anak murid yg hebat.. “

Alahai comel sungguh video adik Amir ini. Sejak kecil lagi Amir mempunyai bakat yang besar, suaranya sangat unik didengar. Semoga adik Amir akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok abumulhim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT